Header Ads

ads header

Flash News

10 peratus kes Covid-19 di Malaysia libatkan warga asing


Sebanyak 10 peratus daripada keseluruhan jangkitan Covid-19 di Malaysia melibatkan warga asing, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Noor Hisham berkata setakat ini, sejumlah 416 daripada 4,228 pesakit yang positif Covid-19 adalah di kalangan warga asing.

Katanya, antara warga negara paling ramai yang dijangkiti wabak itu ialah Indonesia (51 kes), disusuli dengan India (37), Myanmar (31), Pakistan (29), dan Filipinda (27).

Selain itu, warga negara lain yang turut disahkan positif ialah China (25), Bangladesh (12), Kemboja (8), Thailand (7), Brunei (6), Fiji (4), Amerika Syarikat (4), Jordan (3), Australia (2), Jepun (2), Nigeria (2), Singapura (2), United Kingdom (2), Mesir (1), Itali (1), Maldives (1), Nepal (1), Somalia (1) dan Tunisia (1).

Lima pesakit lagi merupakan etnik Rohingya yang tidak memiliki kerakyatan mana-mana negara. Status kewarganegaraan 151 pesakit lagi turut dinyatakan dalam data Kementerian Kesihatan dan dilabel sebagai "bukan warganegara".

Setakat ini, dua daripada 67 pesakit yang telah meninggal dunia adalah warga asing - iaitu seorang warga Pakistan dan seorang warga Indonesia.

Noor Hisham berkata, Kementerian Kesihatan bekerjasama rapat dengan Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR) bagi membendung Covid-19 di kalangan kumpulan itu.

"Ini bagi memastikan golongan pelarian dan pemohon suaka turut diliputi dalam aktiviti pencegahan dan kawalan yang dilaksanakan oleh kerajaan," katanya ketika sidang media di Putrajaya hari ini.

Katanya, kementerian itu juga menerima banyak bantuan daripada NGO dan sukarelawan dalam kegiatan aktiviti pengesahan di lapangan dengan penglibatan Pejabat Kesihatan Daerah.

"Di Kuala Lumpur sahaja, seramai 137 orang sukarelawan dari pelbagai sektor telah menggembleng tenaga bagi bersama-sama menjalankan aktiviti ini. Terima kasih kepada

semua yang terlibat," katanya lagi.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan kapasiti makmal untuk menjalankan ujian pengesanan dan pengesahan Covid-19 kini mencapai 11,546 ujian sehari.

Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan