Header Ads

ads header

Flash News

21 doktor maut di Filipina


ANKARA: Sekurang-kurangnya 21 doktor meninggal dunia di Filipina akibat COVID-19, lapor agensi berita Anadolu memetik media tempatan.

Negara itu melaporkan 177 kematian dengan kes positif sebanyak 3,764.

"Kematian doktor itu selepas dijangkiti daripada pesakit yang berbohong mengenai kesihatan mereka dan tidak memaklumkan pernah terdedah kepada pesakit COVID-19," kata presiden Persatuan Hospital Swasta, Rustico Jimenez.

Setakat ini, 740 pegawai perubatan di Filipina disahkan mempunyai kontak dengan pesakit COVID-19 dan kini menjalani kuarantin sendiri selama 14 hari.

Jimenez berkata, kekurangan peralatan perlindungan diri (PPE) untuk doktor dan kakitangan kesihatan lain di hospital swasta mendedahkan mereka kepada risiko dijangkiti.

"Hospital swasta tidak menerima PPE, kami beli sendiri, tetapi sekarang susah untuk dapatkan bekalan," kata Jimenez. - BERNAMA



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan