Header Ads

ads header

Flash News

3 lagi meninggal dunia, 165 pulih, 184 kes baru


Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan sebanyak 184 kes baru Covid-19 yang dilaporkan setakat pukul 12 tengah hari ini, berbanding 165 kes pulih.

Ini bermakna jumlah kes baru melebihi jumlah kes pulih, selepas keadaan sebaliknya untuk tiga hari sebelum ini.

Selain itu, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan tiga lagi pesakit meninggal dunia akibat wabak itu, menjadikan jumlah kematian kepada 73.

Setakat ini, katanya, jumlah keseluruhan kes adalah 4,530, dengan 1,995 kes telah pulih sepenuhnya.

Daripada jumlah itu, 72 pesakit dirawat di Unit Rawatan Rapi, lebih tiga kes berbanding semalam.

Daripada jumlah itu, 38 pesakit memerlukan bantuan pernafasan, kurang dua berbanding semalam.
Berikut adalah tiga pesakit yang meninggal dunia:

Pesakit 3,091 (kematian ke-71)

Lelaki warga Malaysia berumur 66 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan gout. Beliau mempunyai kontak rapat kes positif Covid-19 dari kluster perhimpunan Seri Petaling (iaitu pesakit 452).

Beliau telah dirawat di Hospital Tuanku Ja’afar, Negeri Sembilan pada 1 April dan disahkan meninggal dunia pada jam 12.05 tengah hari, hari ini.

Pesakit 537 (kematian ke-72)

Lelaki warga Malaysia berumur 71 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit jantung.

Beliau telah dirawat di Hospital Sungai Buloh, Selangor pada 15 Mac dan disahkan meninggal dunia pada jam 11.15 pagi, hari ini.

Pesakit 2,399 (kematian ke-73)

Lelaki warga Malaysia berumur 63 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi.
Beliau telah dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh, Perak pada 25 Mac dan disahkan meninggal dunia pada jam 12.00 tengah hari, hari ini.

Noor Hisham turut memaklumkan setakat ini, 224 kes Covid-19 melibatkan kakitangan KKM.
Daripada jumlah itu, katanya, 150 kes berpunca daripada kontak rapat dengan komuniti (termasuk dengan rakan sekerja yang disebabkan jangkitan di komuniti), 41 kes mempunyai kaitan dengan pesakit dan tiga lagi daripada aktiviti saringan dan aktiviti lapangan yang lain.

Sebanyak 33 kes lagi masih dalam siasatan, katanya.

"Berdasarkan siasatan setakat ini, tiada kes yang berpunca daripada pengendalian kes yang disahkan positif dari wad Covid-19 atau ICU khusus untuk pesakit Covid-19 di fasiliti KKM," katanya lagi.

Trajektori KKM tunjuk PKP berhasil

Dalam pada itu, Noor Hisham memaklumkan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 2,462 kes.

"Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan. Mengikut trajektori unjuran KKM, pada 14 April iaitu apabila tamatnya fasa kedua perintah kawalan pergerakan (PKP), unjuran
kes-kes positif dengan kebolehjangkitan adalah dijangka lebih kurang 2,033 kes.

"Ini tanda-tanda kejayaan PKP fasa pertama dan fasa kedua menurunkan kebolehjangkitan Covid-19 dalam komuniti," katanya sambil mengulang kembali pesanan agar orang ramai terus mematuhi perintah itu.





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan