Header Ads

ads header

Flash News

4 sekeluarga didenda RM800 hadiri kenduri sempena Ramadan


TAWAU: Empat beranak dan 2 lagi didenda RM800 setiap seorang oleh Mahkamah Majistret hari ini, selepas mengaku bersalah ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk menghadiri satu majlis kenduri sempena Ramadan, 5 hari lalu.

Majistret Dzul Elmy Yunus menjatuhkan hukuman denda itu terhadap Abdurrasad Arsad, 60; Salbiah Bain, 64; Raman Abdurrasad, 36; Rozana Abdurrasad, 28; Salmawati Safar, 27; dan Mohd Arifin Saiful, 23.

Mahkamah turut memerintahkan semua mereka menjalani hukuman penjara 10 hari, sekiranya gagal membayar denda tersebut.

Dzul Elmy turut menasihati semua tertuduh supaya menangguhkan niat menghadiri kenduri acara keagamaan termasuk upacara akad nikah dan solat berjemaah di masjid, berikutan pelaksanaan PKP yang bertujuan mencegah penularan wabak Covid-19.

Semua tertuduh didakwa secara bersama berhimpun di dalam sebuah kenderaan jenis van di Simpang Tanah Merah Kampung Merotai Besar, Merotai, Tawau, pada 1.50 petang 23 April lalu, untuk menghadiri majlis kenduri.

Mereka didapati melanggar Peraturan 6(1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020, yang boleh dihukum mengikut Peraturan 11(1), peraturan sama yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM1,000 atau penjara maksimum 6 bulan atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau Dg Nor Azarinawaty Ag Kachee, manakala semua tertuduh tidak diwakili peguam.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan