Header Ads

ads header

Flash News

94 kes jangkitan baru, tinggi berbanding sembuh. 77 ialah pelajar Malaysia dibawa pulang dari Indonesia.


PUTRAJAYA:
Sebanyak 94 kes jangkitan baru Covid-19 dilaporkan hari ini.

Kes jangkitan baru hari ini merupakan hari ke-14 trend 2 angka sejak 16 Apr.

Tiada kematian dilaporkan.

“Daripada 94 kes baru yang dilaporkan hari ini, 72 kes adalah kes import melibatkan warganegara dan pelajar Malaysia yang pulang daripada Indonesia. Ini bermakna, kes penularan tempatan (local transmission) adalah 21 kes sahaja,” kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah pada sidang media hari ini.

Hisham juga memaklumkan seramai 40 pesakit sedang dirawat di unit rawatan rapi, dengan 18 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Sementara itu, 55 pesakit dilaporkan sembuh.

Jumlah sehingga kini, 4,087 kes sembuh berbanding 1,758 kes aktif dan 100 kematian secara keseluruhan.

Keseluruhan rakyat yang dijangkiti Covid-19 di Malaysia sehingga hari ini berjumlah 5,945.

Sementara itu, Hisham mengumumkan terdapat penurunan ketara kes positif Covid-19 dalam kalangan pesakit Jangkitan Pernafasan Akut Teruk (SARI).

Penurunan ketara itu dapat dilihat antara minggu epidemiologi ke-17 iaitu 25 Apr lalu apabila hanya 3 daripada 2,168 sampel yang diambil disahkan positif, berbanding 28 Mac lalu sebanyak 33 sampel disahkan positif.

“Hingga kini sebanyak 34,113 sampel sudah diambil daripada pesakit SARI dan pesakit Influenza (ILI). Daripada jumlah itu sebanyak 8 kes positif dalam kalangan ILI dan 63 kes lagi menerusi SARI,” katanya.


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan