Header Ads

ads header

Flash News

Agong perkenan Azmin menghadap, prihatin nasib pekerja, PKS


Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan menerima menghadap Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) Mohamed Azmin Ali menerusi sidang video di Istana Negara.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Dato' Fadil Shamsuddin memaklumkan Yang di-Pertuan Agong prihatin terhadap langkah-langkah yang dilaksanakan kerajaan demi mengimbangi kesihatan rakyat dan menangani kesan wabak Covid-19 kepada ekonomi negara.

Baginda juga, Fadil telah menzahirkan sokongan terhadap langkah tersebut,"khususnya usaha-usaha memastikan bekalan makanan dan keperluan asas untuk rakyat mencukupi dan tidak terputus."

Al-Sultan Abdullah juga turut berkenan mengambil maklum mengenai penubuhan Jawatankuasa Khas Kabinet Membendung Impak Covid-19 ke atas Ekonomi dan Pasaran Buruh yang diterajui bersama Miti dan Kementerian Pertahanan.

"Al-Sultan Abdullah amat menghargai keputusan tersebut kerana kerajaan perlu menagani kesan Covid-19 kepada ekonomi negara, khususnya kemudaratan terhadap kedudukan kewangan, ekonomi dan kesejahteraan rakyat.

"Seri Paduka Baginda turut prihatin terhadap kesan pandemik ini kepada industri kecil dan sederhana (IKS) serta nasib para pekerja di negara ini," kata Ahmad Fadil.



Ahmad Fadil berkata, Al-Sultan Abdullah juga meminta orang ramai supaya bersabar dan tabah mengharungi wabak ini sehingga keadaan kembali sediakala.

Beliau juga memaklumkan majlis menghadap oleh Menteri Kanan Azmin Ali itu berlangsung selama setengah jam melalui telesidang.

Azmin merupakan menteri ketiga yang diperkenankan menghadap untuk memberi taklimat kepada Yang di-Pertuan Agong selepas Menteri Kesihatan Dr Adham Baba dan Menteri Hal Ehwal Islam Zulkifli Mohamad Al-Bakri.




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan