Header Ads

ads header

Flash News

Bantuan RM200 pelajar IPT diperluas kepada tingkatan 6, diploma dan setara


Bantuan sekali bayar (one-off) RM200 kepada penuntut sepenuh masa di institusi pengajian tinggi (IPT) yang diumumkan di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat kini diperluaskan kepada pelajar tingkatan enam, diploma dan setara.

Kementerian Kewangan menerusi kenyataan hari ini berkata bantuan tersebut diperluaskan termasuk untuk pelajar di institusi di bawah Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Belia dan Sukan serta Majlis Amanah Rakyat.

Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Aziz berkata susulan perluasan tersebut, peruntukan yang disediakan akan meningkat kepada RM300 juta daripada RM270 juta untuk dimanfaatkan oleh kira-kira 1.5 juta pelajar.

Beliau berkata di samping itu, kementerian yang terlibat akan mempercepat jadual bayaran bagi pelajar IPT yang layak kepada akhir April 2020 berbanding Mei.

Sebelum ini bantuan tersebut hanya meliputi pelajar sepenuh masa IPT termasuk di peringkat matrikulasi, kolej komuniti, politeknik serta IPT awam dan swasta di bawah Kementerian Pengajian Tinggi.

“Kerajaan berharap bantuan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang dihadapi oleh pelajar IPT dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

“Moga mereka terus sabar dan gigih dalam perjalanan menuntut ilmu dan menimba kemahiran,” katanya.

- Bernama



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan