Header Ads

ads header

Flash News

Beberapa buah negara masih belum ada wabak covid-19


ANKARA – Meskipun Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan Covid-19 sebagai pandemik, dengan tiada tempat terkecuali, masih ada beberapa negara di dunia terselamat, lapor agensi berita Anadolu.

Sejak pertama kali dikesan di Wuhan, China Disember lalu, virus itu kini merebak dengan lebih 788,000 kes disahkan di seluruh dunia, hampir 38,000 nyawa terkorban, menurut Johns Hopkins University.

Bagaimanapun, 16 negara, sebahagiannya negara Pasifik dan rantau Afrika serta Asia, tiada kes disahkan setakat ini.

Di Afrika, negara seperti Lesotho, Sudan Selatan, Yaman, Sierra Leone, Burundi, dan Malawi serta wilayah Sahara Barat buat masa ini belum melaporkan sebarang kes Covid-19.

Di Asia pula negara seperti Turkmenistan, Tajikistan dan Korea Utara.

Terdapat juga beberapa negara Pulau Pasifik, yang popular sebagai destinasi pelancongan ketika waktu biasa, kelihatan belum terjejas dengan virus itu, disebabkan kedudukannya yang jauh lagi terpencil.

Negara itu termasuk Tonga, Samoa, Vanuatu, Kepulauan Cook, Niue dan Tuvalu.

Virus Covid-19 kini merebak ke sekurang-kurangnya 178 negara dan wilayah di seluruh dunia.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan