Header Ads

ads header

Flash News

Belum ada bukti saintifik terowong sanitasi berkesan


PUTRAJAYA:
Belum ada bukti saintifik atau klinikal menunjukkan keberkesanan terowong sanitasi seperti yang pasang dan digunakan di beberapa negara termasuk Turki dan China.

Bagaimanapun, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pihaknya sudah mengenal pasti Pusat Kajian Klinikal (CRC) dan Kajian Klinikal Malaysia (CRM) untuk mengkaji keberkesanannya.

“Setakat ini memang tidak ada bukti saintifik atau klinikal yang menyatakan terowong ini berkesan.

“Kajian itu sedang dilaksanakan dan berharap kita akan mendapat data. Setakat ini kita tidak ada bukti kukuh untuk mengatakan ia berkesan,” katanya pada sidang media harian COVID-19 di sini hari ini.

Dr Noor Hisham berkata demikian mengulas penggunaan terowong sanitasi di Turki dan China termasuk di tempat awam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. - Foto NSTP/ Mohd Fadli Hamzah

Portal berita Business Insider pada Februari lalu melaporkan beberapa bandar raya di China memasang terowong nyah kuman yang menyembur cecair berkenaan dan mendakwa ia mampu membunuh sehingga 99 peratus virus.

Bagaimanapun, laporan sama menyebut pakar kesihatan tidak yakin dengan keberkesanannya.

Berita Harian sebelum ini melaporkan terowong sanitasi ciptaan warga Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) bagi kegunaan petugas barisan hadapan selamat digunakan dengan penggunaannya lebih menjurus kepada langkah pencegahan awal.





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. Ikut logik,terowong hanya praktikal sebagai satu proses pencegahan awal untuk nyah virus diluar badan manusia,namun setelah ia berada dalam badan manusia ianya tidak lagi praktikal dan berkesan.Setiap ubatan moden yang telah diuji dalam makmal atau klinikal juga tiada bukti menjamin keberkesanan 100 peratus kerana ramai manusia tidak sembuh dan meninggal dunia walaupun menghidapi sakit yang sama,guna ubatan yang sama atau kaedah rawatan yang sama. Ada pesakit yang sembuh dengan perubatan moden dan ada yang sembuh dengan kaedah rawatan alternatif dan ramai juga yang sembuh melalui makanan kesihatan. Kita tidak boleh taksub hanya dengan satu kaedah rawatan kerana kekadang perubatan juga adalah satu perniagaan di mana semakin ramai orang sakit maka semakin tinggi permintaan ke atas ubat serta rawatan dan semakin menjana keuntungan.Jadi jangan jadikan ubat sebagai makanan tetapi jadikan makanan sebagai ubat

    BalasPadam