Header Ads

ads header

Flash News

Bila Anwar agaknya nak saman Hadi, asyik pot pet sana sini?


Presiden PKR Anwar Ibrahim berkata beliau buat masa ini "tidak cenderung" untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Presiden PAS Abdul Hadi Awang meskipun dinasihatkan peguam berbuat demikian.

Ia berhubung tuduhan Abdul Hadi yang mengaitkannya dengan pergerakan Freemason.

“Peguam ada cadangkan tetapi saya ini tak sangat cenderung setakat ini, kita tengok dahulu,” katanya dalam sidang media secara langsung di akaun Facebook sebentar tadi.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan warganet di media sosial berhubung tuduhan Abdul Hadi dalam satu surat yang dikirim pemimpin PAS itu kepada pemimin gerakan Islam.

Surat bertarikh 22 Mac dengan tajuk “Gerakan Islah Secara Aman, Bukan Rampasan Kuasa dan Revolusi” yang ditulis dalam bahasa Arab itu dikesan tersebar di media sosial sejak 4 April lalu.

Surat yang dikatakan ditulis Abdul Hadi itu mengundang pelbagai kritikan kerana mengandungi pelbagai dakwaan terhadap Pakatan Harapan (PH) serta memburukkan Anwar, selain mempertahankan penubuhan kerajaan Perikatan Nasional (PN)

Pada 9 April lalu, Anwar turut menjelaskan maklumat yang dinyatakan dalam surat ditulis Abdul Hadi sebagai Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah itu tidak sahih.

Bersama paparan sekeping gambar, Anwar menunjukkan laman “Civil Service Lodge No.143” yang mempunyai kakitangan dengan nama yang sama dengannya, “w.bro Anwar Ibrahim.”

Gambar tersebut menunjukkan seorang lelaki warga asing berbadan gempal, berpakain sut hitam bersama tiga orang rakannya, pada tahun 2006.

Sementara itu, Anwar yang juga merupakan Anggota Parlimen Port Dickson menjelaskab bahawa beliau belum pernah berjumpa dengan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump atau bermain golf bersama bekas jawatan terbabit Barack Obama.

Katanya, kenalannya di AS hanyalah kawan-kawan lamanya.

“Saya tidak pernah berjumpa dengan (Donald) Trump, saya tidak pernah main golf dengan (Barack) Obama.

“Kalau (Barack) Obama menyuarakan pandangan untuk saya keluar dari penjara, saya ucapkan terima kasih bahkan ada sahabat saya dari pemimpin Turki juga gesa perkara sama,” katanya lagi.

MR :  Isu liwat 1, 2 dan 3 ada Anwar saman untuk bersihkan diri.. terbaharu isu serangan bekas pembantu penyelidiknya, Muhammed Yusoff Rawther.. ada Anwar saman?


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


23 ulasan:

  1. Masa sudah berlalu untuk Anuwar.Baik duduk diam.Sudah 20 tahun mencelarukan Malaysia.Politik dalam kain,bohong dan fitnah menjadi kurikulum politik PH.22 bulan memerintah Malaysia asyik bincang nak jadi PM dan tuduh lawan politik.Rakyat pula ditekan dengan menarik balik segala peruntukan.
    PN menerusi PM MY yang terbaru mengumumkan peruntukan kepada pelajar tingkatan enam dan kolej.PN baru dua bulan tetapi terus bantu rakyat.sangat berbeza dengan PH yang diberi kuasa.Asyik menipu dan menuduh.Noktah Anuwar.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah anwar....
      Perjuangan yg ditakuti sendiri oleh para kleptokrasi.

      Apalagi pemimpin yg menggunakan agama sebagai kuda tunggangan.

      Apalah anwar utk terus difitnah.

      Beliau tidak pernah terlibat dgn kes rasuah yg berbentuk wang.

      Beliau mendapat anugerah menteri kewangan terbaik.

      Beliau bnyak menubuhkan institusi kewangan & pendidikan islamik.

      Jadi apapun fitnah & cela yg berbakul-bakul dilemparkan oleh musuh politik nya.

      Anwar tetap berdiri teguh.

      Kerana asasnya ada kebenaran & keadilan.

      Padam
    2. Mereka tak percaya hukum d akhirat nanti,

      Padam
    3. Adakah tuan arif muluk yakin bahawa hakim tersilap hukum bang non sebagai pesalah peliwat sebanyak dua kali.. Tiada rekod dalam dunia seperti kes bang non. Jadi arif muluk janganlah jadi pentaksub membabi buta.. Pergilah ke Rusila untuk menadah kitab setiap pagi Jumaat, mudah mudahan tuan dibukakan hati dan dapat kenal yang mana satu golongan penunggang atau penolong agama atau yang mana golongan yang ditunggangi oleh syaitan

      Padam
    4. Ramai yg telah ditipu oleh Anwar anak lelaki Ibrahim. Khaled Ibrahim kena tipu. Exam Md. Noor kena tipu. Azmin Ali pun kena tipu. Umi Hafilda kena tipu. Rakyat semua kena tipu "Saya ulaaang!".
      Anwar anak lelaki Ibrahim inilah penipu besar.

      Padam
    5. ANUar kali pertama masuk penjara kerana salahguna kuasa sebagai TPM.. Salahguna kuasa pun termasuk dalam rasuah juga.. Hakim jatuhkan hukuman penjara dan dibebaskan waktu PM Abdullah Badawi.. Kes kedua masuk penjara kerana meliwat dan dibebaskan oleh YDPA atas nasihat PM Mahatdir .. Ternyata ANUar bukan yang bersih daripada rasuah dan kerja jijik meliwat.. Hanya penyokong yang taksub dan buta sahaja ikut buntut bekas banduan peliwat negara tu

      Padam
  2. Janganlah engkau tertipu dengan pujian orang lain yang menghampirimu.Mereka yang memuji tidaklah mengetahui akan hal yang sebenar kecuali yang nampak sahaja bagi mereka.Memuji secara berlebihan adalah harus dengan syarat pujian itu pada perkara yang benar dan bukannya dusta.Melalui pujian juga boleh menyebabkan orang yang zalim dan fasiq berasa gembira tatkala dipuji.Pujian itu akan berakhir dengan pembohongan,Sekiranya dipuji,Sudah pastilah akan kekal berterusan dalam kefasikan dan kezaliman mereka.Elakkanlah pujian yang dusta serta boleh menyebabkan fitnah berlaku kepada diri orang yang dipuji.Semoga Allah SWT memberikan kefahaman yang tepat kepada kita.

    BalasPadam
  3. Tak saman duk cakap pot pet, bila dah saman nanti mulalah hang cakap fitnahla nk menjatuhkan imejla,nk menyekat politik lawan la. Itu, inila, Apalah..hang tak payahla taruk nama mindarakyat, artikel hang ni pun lebih berat kepada pro PN, tak payahla nk mindarakyat sangat..., jijik aku dengar

    BalasPadam
  4. Nak saman Muhammad Rawther sampai kini pun cakap kosong sahaja,ini nak saman TGHHA?.

    BalasPadam
  5. Tghh dituduh dan difitnah macam macam oleh penyokong puak puak LGBT..adakah beliau gila saman kepadalawan politik macam puak puak penyokong tegar kaum Lut dan keldai keldai dogpig. TGHH cuma jawab.. Saya akan mati dan mereka pun mati...adakah Tghh menulis sesuatu dalam keadaan mabuk.. Sudah pasti tidak.. Ianya sudah diteliti dan dikaji dari pelbagai sudut kerana surat yang ditulis bukan macam tulis atas cek atau surat layan. Kenapa bang non terasa sedangkan tulisan itu tidak sebut batang tubuh sesiapapun. Apa justifikasi nak saman.. Saman hantu ke?!

    BalasPadam
  6. Siapa makan cili, memang dialah akan merasa pedasnya cili, yang sekeliling hanya boleh bertanya pedas ke?, nak rasa pedas makanlah cili tu....hahaha..

    BalasPadam
  7. Anwar boleh bersara..kami dah x suka..wassalam

    BalasPadam
  8. Cakap memang murah ..nak saman Tuan Guru lah..sembang besar tp hakikatnys telur dah kecut..
    Dengan kapiaq harbi dapIG,lim guano eng,cukup kamcing leleh..tp dengan Tuan Guru Hadi..udah2 la pok brit..
    Hormatilah para2 ULAMA negara.

    BalasPadam
  9. Mana saman ANWAR keatas mohd yusuf rawther dari ANWAR sudah bermulakah?.rakyat tertunggu tunggu perjalanan kes tersebut.

    BalasPadam
  10. Cukup cukuplah hang nak tipu orang, kat PD hang jadi ahli parlimen pun hang x buat apa apa pun... Masa kampen hang macam nacam janji dgn orang kampung termasuk kampong aku sendiri hakikatnya dah menang batang hidung pun x nampak cuma macai macai je yang sibuk kononye MP kita yang terbaik untuk PD... Pergeelah pembohong tunggu PRU baru dia tahu...... Kalau menang sekalipun x dpt mejoriti besar sebab orang PD x tertipu buat kali ke2.....

    BalasPadam
  11. ANUar mana berani nak saman Haji Hadi.. Kalau saman nanti akan terbongkar kerja jijiknya .. Lagi pun Haji Hadi tak sebut pun ANUar dalam surat tersebut.. Biasalah perangai ANUar ni jenis cepat perasan.. ANUar pun cepat perasan bila Mahatdir percaya dia.. Maka dalam perasannya nak jadi PM ganti Mahatdir.. Akhirnya kena kencing kencing dengan atok.. Padan muka bekas banduan tu

    BalasPadam
  12. Kepada pentaksub Anuwar,cukup2lah jadi BODOH kepada Anuwar.20 tahun celaru Malaysia kerana gila nak jadi PM.Dah luput tempoh.Pergi kat kaum INdia nari lenggang,g kat Melayu doa sakan.serba boleh.Dah berapa kali PRK kerana seorang Anuwar.Perabih duit rakyat

    BalasPadam
  13. Pii rahh. Dasar xde moral punya makhluk. Bukan rendah tpi xde zero yillek nehi moral hai

    BalasPadam
  14. Arif muluk nii tak habis2 asyik Cakap gunakan agama sebagai kuda tunggangan,, dah tak de idea lain lagi ke?cakap dah mcm org bodoh dan takde akal! Hidup ini sememangnya Allah memerintahkan setiap hambanya agar sentiasa patuh dan taat dan tunduk kpdnya,,Kerana setiap perbuatan akan diadili dihadapan Allah di mahsyar.. Dan semestinya setiap perbuatan manusia akan menempuhi 5 hukum iaitu wajib, sunat, haram, makruh dan harus.. Jdi apakah ini tidak menggunakan agama? Melainkan samada sedar ataupun tidak aje! Al Quran itu adalah pakaian nabi (setiap perbuatan nabi adalah bersandarkan hukum dari Al Quran) jdi istilah ataupun perkataan menunggang agama ini hanyalah golongan orang² yg kafir dan munafik sahaja Kerana setiap hamba Allah akan menggunakan agamanya didlm setiap kehidupan (Islam is the way of life) tak tau la pulak jika arif muluk tak nak gunakan agama dlm hidupnya!!!

    BalasPadam
  15. Tengah kumpul bukti agaknya atau terlupa nak saman almaklumlah seperti kata bekas PM ke7 "MELAYU MUDAH LUPA".

    BalasPadam
  16. Anwar ibrahim dn geng madey,sudahlh tu,cuci tgn cucilh kaki,kamu berdua dh tua dh semakin tua,negara dn rakyat xaman sjk PKR ujud,ujud PKR Disebabkn madey krisis 1998..sjk 1998 hingga skrg bumi Malaysia xaman kerana politik disebabkn
    2 manusia ini... Cukuplh,rakyat dh tdk mahu kamu berdua lagi...skrg kamu berdua jd penderhaka,krn tdk mengiktiraf PM dn kerajaan yg dilantik oleh seri paduka baginda agong,xpayahlh babitkan rakyat untuk bsm kamu menjadi penderhaka...kamu berdua sudah hilang pedoman dik berangan2 bernafsu nk jd PM kembali...sanggup menjadi penderhaka.

    BalasPadam
  17. Urusan saman hak masing2..
    Jangan tertipu dengan gelagat pemimpin PAS...
    Riuh sedunia saman orang..
    Last2 tarik balik saman..
    Bayar lawyer dah RM 2.5 juta..
    Bayar ke Sarawak Report RM 1.4 juta..
    Maknanya Sarawak Report tidak sah pun buat fitnah...

    BalasPadam
  18. Udah udah la bang non...dulu langkah kajang tak menjadi...langkah sheraton pulak menjadi....apa maksudnya bang non oiii...sudah sudah menyalahkan org lain...kaji kelemahan diri lagi baik

    BalasPadam