Header Ads

ads header

Flash News

Caj RM1 Dikecualikan Di ATM Rangkaian MEPS


CAJ pengeluaran RM1 di semua mesin pengeluaran wang (ATM) rangkaian Malaysian Electronic Payment System Sdn Bhd (MEPS) diberi pengecualian berkuatkuasa Isnin ini sehingga tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tamat.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, langkah berkenaan dibuat bagi memastikan orang ramai tidak berpusu-pusu membuat pengeluaran di menerusi kaunter juruwang.

Menurutnya, melalui Kementerian Kewangan kerajaan memutuskan semua institusi perbankan akan mengecualikan caj pengeluaran wang di semua rangkaian MEPS berkuatkuasa Isnin ini sehingga tempoh PKP tamat.

“Orang ramai tidak perlu berpusu-pusu ke bank untuk keluar wang namun jangan pula berpusu-pusu ke ATM kerana perlu ada penjarakan sosial yang perlu dipatuhi iaitu satu meter.

“Dari segi pengurusan bank, pihak kerajaan amat menggalakkan menggunakan perbankan dalam talian seperti untuk membuat pindahan wang dan sebagainya,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Khas Menteri Mengenai PKP, di Putrajaya, hari ini. – myMetro Online



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan