Header Ads

ads header

Flash News

COVID-19: Jepun tawar ubat antivirus percuma kepada 20 negara


ANKARA: Jepun menawarkan ubat "anti-flu" percuma kepada negara termasuk Turki bagi merawat pesakit COVID-19, kata Menteri Luar Toshimitsu Motegi, lapor agensi berita Anadolu.

Memetik agensi berita Kyodo, Motegi berkata 20 negara - termasuk Turki, Bulgaria, Republik Czech, Indonesia, Myanmar dan Arab Saudi - boleh mendapat ubat Avigan, yang ketika ini sedang menjalani ujian klinikal.

Sebanyak 30 lagi negara menunjukkan minat terhadap ubat ini, kata Motegi.

"Kami bekerja sama dengan negara yang berminat bagi memperluaskan ujian klinikal ubat Avigan di peringkat antarabangsa," katanya.

Avigan, atau turut dikenali Favipiravir, adalah ubat antivirus yang dibangunkan Toyama Chemical of Japan bagi merawat influenza, tetapi penyelidik China mendapati ia turut berkesan merawat COVID-19, lapor agensi itu.

Jepun merekodkan 4,250 kes positif COVID-19 dengan 93 kematian.

Pada Selasa, Perdana Menteri, Shinzo Abe, mengisytiharkan darurat selama sebulan di sekurang-kurangnya tujuh daripada 47 wilayah negara itu, termasuk Tokyo. - BERNAMA

Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. If you are concerned about the security of your personal information, you should use strong secure Norton technical support.

    BalasPadam

  2. Norton technical support uk protects you against malware, viruses, and other threats to your personal information against viruses, spyware, and other malicious software.

    BalasPadam