Header Ads

ads header

Flash News

Didakwa langgar PKP, polis akan ambil keterangan timb menteri


Polis akan mengambil keterangan seorang timbalan menteri yang menyertai jamuan di sebuah maahad tahfiz di Lenggong, Perak, seperti yang tular di media sosial hari ini.

Menurut Ketua Polis Perak, Razarudin Husain, berdasarkan siasatan awal, timbalan menteri itu berada di sana untuk membuat tinjauan terhadap persiapan kakitangan Kementerian Kesihatan di Lenggong.

Turut hadir dalam acara itu ialah sebahagian exco Perak dan pemilik maahad tahfiz berkenaan.

Jamuan disediakan oleh pengurusan maahad tahfiz dan diadakan selepas tinjauan tersebut, kata Razarudin.

"Bagaimanapun berdasarkan gambar majlis makan yang tular, kesemua hadirin termasuk timbalan menteri berkenaan didapati duduk dalam keadaan berjarak antara satu sama lain.

"Namun siasatan tetap akan diadakan terhadap kesemua individu yang menghadiri majlis berkenaan. Pihak polis ketika ini masih lagi melengkapkan siasatan termasuk memanggil kesemua yang terbabit dalam masa terdekat," " katanya seperti dipetik BH online.

Siasatan dibuat mengikut Peraturan 6, Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan)(No3) 2020, katanya lagi.



Terdahulu, Timbalan Menteri Kesihatan Noor Azmi Ghazali memuat naik beberapa gambar di Facebook, memaparkan beliau bersama-sama beberapa orang lagi mengunjungi sebuah maahad tahfiz.

Antara gambar yang dimuat naik adalah yang memaparkan beliau memberi sumbangan, serta jamuan makan bersama Pesuruhjaya PAS Perak merangkap exco kerajaa negeri Razman Zakaria dan kira-kira 20 orang lain.

Gambar-gambar tersebut telah dipadam, bagaimanapun tangkap layarnya terus disebarkan di media sosial dan mendapat kritikan pelbagai pihak kerana didakwa melanggar perintah kawalan pergerakan (PKP).

Beberapa ahli politik turut menyuarakan kritikan, antaranya Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution, Naib Presiden Umno, Khaled Nordin serta bekas Menteri Besar Perak Zambry Abdul Kadir.

Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob turut mengingatkan tiada siapa yang mengatasi undang-undang dengan melanggar PKP, termasuklah individu berjawatan tinggi, dan menyerahkan isu berkenaan kepada tindakan pihak polis.


MR :  Jangan biar perkara ini menjadi duri dalam kerajaan PN, pihak berkuasa kena menjalankan tugas dengan adil dan telus!


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan: