Doktor Jelaskan Kenapa Pesakit Kencing Manis & Darah Tinggi Berisiko Dapat Covid-19 Lebih Teruk
Kita sedia maklum, pesakit kencing manis dan darah tinggi merupakan antara golongan yang berisiko tinggi mendapat jangkitan COVID-19 yang lebih teruk berbanding orang biasa.
Selain dua penyakit kronik ini, pesakit jantung, buah pinggang dan orang tua juga berisiko dijajngkiti kerana golongan ini mempunyai ketahanan badan yang rendah berbanding orang biasa, sekali gus terdedah kepada maut sekiranya dijangkiti COVID-19.
Atas alasan itulah, golongan ini disarankan untuk tidak keluar rumah sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan ini.
Mungkin ada yang tertanya-tanya, kenapa pesakit kencing manis dan darah tinggi berisiko terkena komplikasi COVID-19 dan meninggal dunia? Apa kaitannya?
Doktor Latif Saad menjawab persoalan ini sebagaimana yang dikongsikan laman Facebook TheDiagnosa.
Oleh itu, pastikan anda duduk di rumah agar rangkaian penularan jangkitan COVID-19 inik dapat dihentikan segera.
Risiko pesakit kencing manis & darah tinggi kena komplikasi & meninggal dunia
Mohon untuk saya jelaskan kenapa.Penyakit COVID-19 ini adalah disebabkan virus yang dinamakan sebagai SARS-CoV-2 iaitu nama panjangnya Severe Acute Respiratory Syndrome Coronavirus-2.
Kalau dulu SARS-CoV menyebabkan SARS. Maka, SARS-CoV-2 menyebabkan COVID-19.
Virus ini memasuki sel di saluran pernafasan dengan melekat pada satu enzim yang dinamakan sebagai Angiotensin Converting Enzyme (ACE) dan enzim ini banyak di kawasan paru-paru.
ACE ini berfungsi menukarkan kompaun angiotensinogen dalam badan kepada Angiotensin.
Salah satu fungsi angiotensin ini pulak adalah menyebabkan pengecutan saluran darah bagi mengekalkan tekanan darah.
Jadi, jika seseorang itu ada darah tinggi, ubat yang merencat enzim ini akan mengurangkan tekanan darah. Ubat darah tinggi yang merencat fungsi ACE ini dinamakan sebagai Angiotensin Converting Enzyme Inhibitor(ACEi).Bahkan pesakit yang mengalami buah pinggang bocor iaitu ada protein dalam air kencing seperti dalam pesakit kencing manis, mendapat faedah perlindungan buah pinggang jika mengambil ubat ACEi ini.
Malangnya, apabila enzim ini direncat, maka badan akan lebih banyak menghasilkan ACE ini dan virus SARS-CoV-2 mempunyai lebih banyak tempat untuk melekat dan memasuki sel di bahagian pernafasan.
Oleh sebab itulah, dua golongan ini iaitu pesakit kencing manis dan darah tinggi ini mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat komplikasi daripada penyakit COVID-19 kerana virus senang masuk ke dalam sel mereka.
Jadi adakah pesakit tak perlu makan ubat tersebut?
Wajib makan jugak. Sebab nanti kalau tekanan darah tinggi kena strok berakhir di hospital jugak.YANG PALING PENTING ANDA KENA BUAT ADALAH DUDUK DI RUMAH DAN JANGAN PERGI MANA-MANA untuk mengelakkan jangkitan COVID-19. Lepas tu, ubat kena makan macam biasa.
Sebagai tambahan, terdapat ubat lain juga menyebabkan penambahan enzim ACE ini seperti Ibuprofen, diclofenac, mefenamic acid iaitu mereka ni tergolong dalam ubat tahan sakit jenis non-steroidal anti-inflammatory drug (nSAID). Jadi elakkan ubat ini ketika anda tidak sihat waktu sekarang. Risau sebenarnya anda dijangkiti COVID-19 dan keadaan anda semakin teruk pulak.
Foto: Reuters
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Tiada ulasan