Header Ads

ads header

Flash News

Engkau nak minum ke yang sibuk memanjang??


Heboh dalam facebook AMANAH kononnya apa PAS buat sekarang zaman PKP pun kilang arak dibuka, masjid ditutup.

Aku tanya yang sibuk tu engkau nak minum ke?
Atau Khalid Samad tak setuju?

Kenapa sikap PH sangat hipokrit dalam isu ini?

 Facebook mulut celupar PH https://www.facebook.com/hjmuhammad.yahaya



https://www.facebook.com/amaluddin.yusof


........

Sepucuk surat dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) yang memberi pengecualian kepada syarikat arak, Heineken Malaysia Bhd untuk beroperasi tular di media sosial.

Dalam surat bertarikh 31 Mac yang dilihat Malaysiakini, kementerian berkenaan membenarkan syarikat pembekal bir itu beroperasi dalam tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP), susulan permohonan yang dibuat pada 24 Mac.

Ketika dihubungi sumber Heineken mengesahkan ketulenan surat itu.

"Berhubung permohonan tuan/puan pada 24 Mac 2020, setelah meneliti dan menyemak yang dikemukakan kementerian mendapati permohonan tuan/puan memenuhi kriteria yang ditetapkan sebagai operasi sektor pembekalan makanan di bawah PKP.

"Sehubungan itu, kementerian mengesahkan dan bersetuju bahawa aktiviti perniagaan tuan/puan boleh dibuka bagi memastikan pembekalan makanan mencukupi sepanjang tempoh PKP. Pengesahan ini juga tertakluk kepada syarat-syarat seperti lampiran A," katanya dalam kandungan surat tersebut.



Surat itu di tandatangani oleh Ketua Setiausaha KPDNHEP Hasnol Zam Zam Ahmad ditujukan kepada Pengurus Besar Heineken Malaysia Bhd.

PKP dikuatkuasakan bermula 18 Mac lalu bagi memutuskan rantaian jangkitan Covid-19.
Pada mulanya ia berakhir pada 31 Mac tetapi Majlis Keselamatan Negara (MKN) memutuskan untuk melanjutkannya sehingga 14 April ini.

Sepanjang PKP, perniagaan dan perkhidmatan kategori tidak penting mesti ditutup sementara orang ramai hanya dibenarkan keluar rumah atas urusan penting, antaranya untuk membeli barang makanan.

Malaysiakini sedang berusaha menghubungi kementerian berkenaan bagi mendapatkan maklum balas.

Armada tuntut penjelasan

Sementara itu Pemuda Bersatu (Armada) menuntut penjelasan mengapa kilang arak berkenaan dibenarkan sedangkan hanya perkhidmatan perlu dan sektor kritikal sahaja sepatutnya beroperasi sepanjang tempoh PKP.

"Adakah kerajaan menyifatkan arak dan minuman keras yang jelas haram ini dalam kategori keperluan/kritikal?" soal exco agamanya, Abu Hafiz Saleh Hudin

Katanya, pada masa sama ribuan perniagaan halal dan milik Bumiputera terjejas akibat Covid-19 dan PKP, terutamanya bagi industri kecil dan sederhana.

"Mengapa pengecualian khas diberikan kepada kilang arak Heineken ini sedangkan terang-terangan perniagaan mereka adalah haram?

"Adakah kerana kilang ini mempunyai kaitan dengan orang berkepentingan?

"Tidak molek nampaknya kerajaan Melayu Islam memberi kelebihan kepada syarikat yang menjual produk yang jelas haram di sisi Islam," jelasnya.



MR :  ............


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


9 ulasan:

  1. Nak tanya juga Pemuda Bersatu (Armada) Kenapa zaman PH berkuasa ko tak arahkan tutup kilang arak di selangor dan dimana-mana jua di Malaysia ni..
    Kenapa sekarang baru nak jadi Juara..jgn bagi alasan dah tak ada kuasa..Dulu masa ada kuasa buat apa? Dulu nama je ada kuasa tapi tak boleh guna pasal DAP dah cucuk lubang hidung korang kan..sekarang baru nak jadi ADIWIRA..ini ko bising pun pasal DAP SURUHKAN..tak tanggal lagi ke besi cucuk hidung ko tu PEMUDA ARAMADA..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sekarang dah takde DAP ape pulak alasan? Sekarang yg berkuasa tak jugak buat keje. nama je kerajaan melayu Islam. Nampak macam ade DAP plak dalam kerajaan ni.

      Padam
    2. Nampak memang macam takde..tapi melalui PEMUDA ARMADA la..nak kedepan orang Melayu tak suka DAP..jadi tak nampak lagi ke DAP keldaikan ARMADA jadi BALACI mereka..bila dah Berjaya DAP la ke depan..takkan tak nampak2 lagi agenda kominis2 DAP ..

      Padam
  2. Mengapa RBA DA-Pigs dan barua Pee H dan pemimpin mereka tidak berguling di atas highway menentang tol, bayaran PTPTN, kenaikan HARGA minyak dll, pusat Judi, ahlong, kilang Arak, pusat hiburan, pusat Judi dll di waktu Pee H berkuasa ???

    Mengapa sekarang baru RBA dan barua tersebut sibuk mendesak kerajaan baharu untuk mengharamkan industri dosa besar dll? Ada udang di sebalik batu.

    Kita semua sudah tahu ini semua wayang opera poyo tahap gaban lakonan Pee H untuk menipu rakyat lagi. Muka mereka pun muka penipu.

    Sekali Pee H kencing rakyat dengan pelbagai janji palsu dll, 1000 Kali rakyat menolak Pee H. Bye bye Pee H kerana rakyat sudah merasa bosan dan meloya dikencing hancing oleh Pee H.

    Nah terbukti sekarang rakyat menggulingkan Pee H dan menubuhkan kerajaan baharu untuk melindungi rakyat dan negara dari kerakusan nafsu serakah Pee H.

    Adiós, sayonara and goodbye Pee H.

    Tepuk .......

    BalasPadam
  3. Dah nampak macam ada unsur unsur sabotaj kepada kerajaan PN... Tiada keperluan mendesak kepada minuman keras melainkan ianya minuman asasi rakyat negara Malaysia.Isu begini tampak remeh tetapi ia merupakan bola tanggung kepada pihak pihak lain untuk memberi perspeksi buruk kepada kerajaan yang di kuasai oleh umat muslim sendiri

    BalasPadam
    Balasan
    1. Operasi kilang Arak bukan keutamaan pada waktu wabak covid-19 kerana Arak bukan makanan atau minuman asasi rakyat dan majoriti rakyat tidak minum Arak di Msia.

      Maka wajarlah operasi pengeluaran Arak sepatutnya dihentikan dan alkohol kimianya digunakan sebagai sanitizer untuk bunuh bacteria dan virus.

      Jika puak Pee H mahu kilang Arak diharamkan , mengapa puak Pee H tidak mengharamkan kilang Arak di waktu mereka berkuasa dahulu ?

      Inilah sikap hipokrit puak Pee H yang sangat jelas

      Padam
  4. PAS telah menyuara bantahan.Konsisten dulu dan kini.
    Kini PH menonjolkan hipokrit munafik. 22 bulan kuasa tak pernahpun sebut tentang bahaya arak. Exco selangor kata arak boleh minum ditempat terbuka.Ada PH berontak.Bila Rasulullah dihina oleh kafitr dalam DAP, ada POH berontak? HIPOKRIT

    BalasPadam
  5. Jangan layan puak hancing ni...jenis celaka.. Masa jd kera jaan dhulu xder plk nk bising...lahanakkkk...

    BalasPadam