Header Ads

Header ADS

Fuziah mengaku tidak bersalah buat berita palsu


JOHOR BAHRU: Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan membuat kenyataan menerusi Facebook yang mengakibatkan kegentaran awam pada 9 April lalu.

Fuziah, 61, yang juga bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret R Salini.

Tertuduh didakwa membuat kenyataan menerusi akaun Facebook 'Fuziah Salleh' di pautan https://www.facebook.com/YBFuziahSalleh, yang boleh menyebabkan kegentaran kepada awam di Taman Imigresen, Jalan Tasek Utara, kira-kira jam 10 malam, 9 April lalu.

Fuziah didakwa mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan kerana mendatangkan khianat awam dengan niat hendak menyebabkan ketakutan kepada orang awam.

Ia membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Mohamad manakala tertuduh diwakili peguam, Hassan Karim dan John Fernandez.

Majistret kemudian memerintahkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin manakala sebutan semula kes ditetapkan pada 16 Jun depan.

Sebelum prosiding dimulakan, Hassan membuat bantahan dan memohon kes berkenaan digugurkan dengan alasan tertuduh tidak diberikan notis awal terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan.

Hassan turut mendakwa anak guamnya seolah-olah diserang hendap kerana tidak dimaklumkan terlebih dahulu pertuduhan mengikut seksyen berkenaan.

Bagaimanapun, Nor Azizah dalam hujahannya berkata, saman sudah diserahkan sendiri kepada Fuziah di Kuantan semalam, yang mana dalam kandungan saman itu menyatakan tertuduh perlu menjawab pertuduhan ke atasnya hari ini mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan, malah tertuduh turut menandatanganinya.

Terdahulu Fuziah yang berbaju kurung jingga tiba kira-kira jam 8.20 pagi di perkarangan Kompleks Mahkamah Johor Bahru diiringi suaminya, Russly Abdul Rahman dan beberapa penyokongnya.

Pada 9 April lalu, Fuziah didakwa memuatnaik di Facebook satu video kononnya berlaku huru-hara di Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ), Bangunan Sultan Iskandar (BSI), di sini.

Bagaimanapun, video berkenaan disahkan polis sebenarnya adalah sesi latihan kebakaran di CIQ BSI pada Disember tahun lalu.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. Semoga masuk penjara si celaka ni. Buat video potong ayam radioaktif pong pang pong pang konon anti Lynas. Lepas tu bila berkuasa sokong Lynas pula, pastu delete video potong ayam radioaktif tu dalam YouTube.

    Inilah babi jadian DAP.

    DAP gunakan orang Munafik utk lawan orang Islam. DAP tak berani lawan orang Islam secara hadapan. Mereka ni pengecut. Dasar babi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Macai2 dapig perlu disenaraikan kemunafikan2 mereka untuk tatapan orang Islam khususnya Melayu supaya sedar.

      Padam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.