Header Ads

ads header

Flash News

GLC: Lantikan Politik


1) Antara lantikan politik atau teknokrat professional, yang manakah sesuai untuk mengetuai GLC? Kita bicara mengenai logik terlebih dahulu sebelum kaitkan dengan sentimen politik.

2) GLC memerlukan kepakaran teknokrat dan professional untuk mengemudi syarikat mencapai objektif dengan lebih teratur dan efektif. Bagi GLC yang memerlukan kepakaran spesifik, lebih baik GLC dikepalai oleh teknokrat professional.

3) Namun kita tetap tidak boleh nafi keperluan lantikan politik dalam GLC. Orang politik diperlukan dalam GLC untuk menyelaras GLC selari dengan dasar kerajaan. Halatuju GLC mesti ada political will. Cuma lantikan politik tidak boleh terlalu ramai melebihi teknokrat di dalamnya.

4) Sama seperti menteri kabinet. Slogan mahukan kerajaan teknokrat yang terdiri daripada menteri-menteri dari kalangan teknokrat professional adalah slogan yang tidak berpijak dibumi nyata. Sesebuah kerajaan perlu ada political will.

5) Jika sebuah syarikat sangat efektif mengejar keuntungan, tanpa political will, keuntungan itu tidak akan memberi manfaat kepada rakyat. Hanya kekayaan berlegar dalam syarikat dan akaun-akaun perniagaan.

6) Jika lantikan politik terlalu ramai pula, dibimbangi GLC hanya menjadi alat parti politik tertentu untuk mengaut keuntungan tanpa menepati objektif kerajaan, dan mungkin keberkesanan pengurusan GLC akan merosot akibat tiada kepakaran mengurus.

7) Jadi dalam kabinet mahupun GLC, adalah baik kekuatan ahli politik digandingkan dengan professionalisme teknokrat dalam kerajaan dan GLC untuk mencapai objektif dengan lebih berkesan.

8 ) Jadi, jika nak lantik semua MP Kerajaan mengetuai GLC sebenarnya tak ada masalah, samada PH ataupun PN. Bukannya lantik semua MP dalam satu GLC, kan? Asalkan bukan satu kandang GLC itu dipenuhi oleh lantikan politik sebagaimana lantikan politik dalam NAFAS. Lantik sorang dua cukuplah untuk satu-satu GLC.

9) Pada masa yang sama teknokrat yang pakar dalam bidang spesisfik GLC perlu ada. Bab teknokrat professional yang dilantik secara lantikan politik pula, ia adalah bergantung kepada budi bicara cerajaan untuk mengekalkan atau menyingkirkannya, kerana lantikan politik selalunya akan patut kepada parti politik atau kerajaan yang melantiknya. Ia penting untuk mengelakkan sabotaj. Namun jika kerajaan boleh beri trust kepada mereka, tidak ada masalah untuk meneruskan perkhidmatan sekali pun dilantik oleh kerajaan sebelumnya.

Sekian

FB
Dr Tanaka Mustafa

MR :  Ada pro dan kontra.. Terengganu dulu biarkan GLC kepada orang luar.. kena sebotaj sepenggal aje hilang kerajaan Terengganu.


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan