Header Ads

Header ADS

Ikon PKR tutup mata soal keadilan orang lain


Dua anggota Wanita PKR tampil membela penggantungan ketua mereka Haniza Talha, mengkritik keputusan yang didakwa bercanggah dengan prinsip parti.

Dalam satu kenyataan keras hari ini, ketua komunikasi Wanita PKR, Carolyn Khor menyelar presiden parti Anwar Ibrahim.

“Jika ahli dan pemimpin parti dihakimi berdasarkan tuduhan berat sebelah dan tidak berasas, yang dibenarkan oleh hanya sebilangan pak turut yang hanya bertanggungjawab (answerable) kepada presiden parti, (maka) tidak syak lagi, parti ini telah bertukar menjadi parti milik seorang manusia sahaja, yang kuat berbau feudal.

“Ikon PKR bukan asing dalam perjuangan keadilan, tapi apabila soal keadilan orang lain, dia tutup mata pula (buat-buat tidak nampak).

“Kata orang, keadilan itu buta dan hal ini membawa PKR ke satu tahap baru kepura-puraan,” katanya.

Ketua Wanita PKR Terengganu Sharifah Norhayati Syed Omar pula berkata Haniza digantung ketika Adun Lembah Jaya itu berusaha keras membantu mereka yang terkesan dengan wabak Covid-19.

“Dari awal pengumuman PKP (18 Mac) beliau gigih menyusun segala usaha untuk meringankan beban dan kegusaran rakyat untuk berhadapan dengan dugaan berat ini,” katanya dalam suatu kenyataan berasingan.

'Ini dendam'

Sharifah mempertikaikan tindakan lembaga disiplin PKR yang mengambil keputusan tersebut dalam tempoh PKP sedangkan dakwanya, lembaga itu sebelum ini “menjadi batu” dan “tidak berfungsi” sejak sekian lama.

“Berapa banyak aduan kami sunyi tanpa tindakan. Pelik di waktu PKP pula lembaga ini giat menjalankan siasatan dan mengeluarkan surat-surat dan notis-notis.

“Sungguh menghairankan,” katanya lagi.



Malah, Sharifah (gambar, atas) menyifatkan tindakan terhadap mereka yang dianggap penyokong bekas timbalan presiden Azmin Ali dan bekas naib presiden Zuraida Kamaruddin sebagai perbuatan membalas dendam.

“Haniza digantung daripada jawatannya sementara menunggu siasatan lembaga disiplin," jelasnya.

Sebelum ini, Haniza mendakwa digantung kerana bertemu Azmin dan Zuraida, yang telah keluar parti dan menyertai Bersatu serta PN, menyebabkan runtuhnya kerajaan PH.

Haniza mempertikaikan penggantungan tersebut sedangkan Presiden PKR Anwar Ibrahim sendiri mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri dan Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin merupakan tokoh penting yang memainkan peranan dalam kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH), manakala Azmin dan Zuraida keluar PKR untuk menyertai Bersatu.

Sementara itu, Naib Presiden PKR Tian Chua turut menerima surat tunjuk sebab.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


3 ulasan:

  1. BUBAR DAN KUBURKAN SAHAJA PKR YANG DTUBUH UTK REFORMASI BELA ANWAR.SKRG DIA PUN SUDAH BEBAS DAN BERSAMA MAHATHIR PERNAH MEMECAT DAN PENJARAKANNYA,ANWAR SENDIRI KHIANAT DAN BELAKANGKAN PRINSIP KEADILAN SETELAH MENYAMBUT TANGAN MAHATHIR.PARTI KENCING/KHIANAT REFORMASI RAKYAT.

    BalasPadam
  2. Sejarah membuktikan hanya parti tok lebai takde kes bertumbuk, baling kerusi kerana berebut nak jadi ketua, masih tetap kukuh walaupun presiden dan parti di fitnah serta dimaki hamun oleh geng geng dogpig yang khianat, tiada lagi pimpinan di jel kerana isu moral, salahguna kuasa spt rasuah dll, satu satunya parti tunggal yg berjaya menjadi kerajaan negeri kelantan lebih dari 20 tahun tetapi dituduh tidak maju bagi macai macai dogpig yang perlu disekolahkan tentang kuasa negeri dan pusat

    BalasPadam
  3. PH dah tadak modal.Mencari modal untuk dilihat wujud dan relevan.Zaman Anuwar sudah berlalu.Bye2 pm8,pm9,pm10.DAP membisu sejuta bahasa.Malu kot sebab sbelum ni kata Malaysia bangkrup dan tarik semua peruntukan. Rupa-rupanya PN,PM MY dilihat cerdik dan bijak.Umum peruntukan untuk rakyat.Syarat nak sokong PH kena BODOH

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.