Header Ads

ads header

Flash News

Isu peruntukan Umno, PAS Terengganu selesai


Isu pengagihan sumbangan sempena Covid-19 yang sebelum ini mengeruhkan hubungan di antara PAS dan Umno Terengganu sudah selesai, kata bekas menteri besar, Ahmad Said.

Bercakap kepada Malaysiakini, Ahmad berkata, isu berkenaan diatasi selepas beliau berjumpa dengan Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, di Kuala Terengganu sebentar tadi.

Katanya, pertemuan tersebut berlangsung secara baik selama kira-kira 30 minit.

"MB datang nak selesaikan masalah, tak nak besar-besarkan dan dia akan beritahu anak buah dia," kata Ahmad.



Pada masa sama, Adun Kijal itu berkata pendirian beliau adalah mudah dan mahu masalah yang dihadapi sekarang diatasi dengan baik.

"Tapi kena buat dengan betullah," katanya lagi.

Terdahulu, Ahmad membangkitkan rasa tidak senangnya dengan tindakan kerajaan PAS Terengganu mengagih-agihkan bantuan kepada penduduk negeri itu.

Hal itu menjadi isu apabila peruntukan kepada Adun PAS jauh berbeza daripada apa yang diterima Adun Umno. Ia berlaku ketika kedua-dua parti sudah menjalin kerjasama membentuk Perikatan Nasional.

Gelas retak usah diguna lagi

Pada 15 April lalu, Ahmad yang juga Pengerusi Umno Terengganu berkata wakil rakyat Umno hanya mendapat peruntukan RM45,000, berbanding wakil rakyat lain berjumlah RM350,000.

Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) pula menerima RM305,000.

Hari ini Ahmad Samsuri menjelaskan isu berkenaan berlaku kerana wujud "missing link" (rantaian putus) dalam Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) pada masa ini.

Sementara itu bekas menteri yang juga Timbalan Ketua Umno Kemaman, Ahmad Shabery Cheek, sempat memberi peringatan kepada kedua-dua parti agar segera mengatasi kemelut berkenaan.

Menggunakan bidalan, bekas menteri itu berkata, pertikaian yang berlaku tidak sesuai digambarkan sebagai retak menanti belah.

"Retak menunggu belah, kata pepatah. Pinggan retak tak boleh ditampal. Gelas retak pun jangan diguna. Buang sahaja.

"Jangan guna istilah retak. Lebih baik kata: yang gatal jangan biarkan jadi kudis.

"Kudis kalau dah jadi gangrene sangat susah nak diubat pulak," katanya dalam satu hantaran di media sosial.



Ahmad Shabery berkata semasa Covid-19 sedang melanda, tidak wajar oleh mana-mana pihak berpolitik, kecuali jika virus berkenaan "sengaja dipolitikkan."

"Masa Covid tak patut cakap politik sangat. Kecuali Covid dipolitikkan," katanya.

Sebelum ini, jelas Ahmad Shabery, pengurusan bantuan bencana - sepertu banjir, ribut atau kemalangan - dikendalikan tanpa mencampur-adukkannya dengan politik.

"Lagi pun dah ikrar bermuafakat bantu-membantu antara satu sama lain.

"Apabila DS Ahmad Said merungut, ia perlukan jawapan. Jawapan jangan lambat sangat. Biarlah memuaskan.

"Perlis negeri kecil (tapi) berhati besar. Apatah negeri Pahang yang sememangnya besar. Mereka membahagi sama rata peruntukan untuk wakil-wakil rakyatnya," katanya.

MR :  MB Terengganu PAS berjiwa besar.. sanggup pergi rumah Mat Said


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. Peruntukkan untuk bersatu pulak macam mana... Cuba jelaskan... Sebabnya dalam PN jugak tuu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada ADUN Bersatu ke di Terengganu. Maaf kalau tak perasan. Sekadar bertanya.

      Padam