Itu pilihan Ebit Lew, biarlah dia..
Atas nasihat PDRM,Ebit Lew dah berhenti dan tak nak teruskan bantuan amal di musim PKP ni.PDRM nasihat Ebit Lew sebab ada aduan(report),ada report sebab ada akta yang diperuntukkan.Akta itu awak sendiri yang gubal dan kawal.Saya percaya awak bukannya takde akal.
Awak boleh marah,sedih,keciwa atau apa saja..itu pilihan Ebit Lew,biarlah dia..yang awak nak caci maki kutuk hina orang yang report tu kenapa?Awak nak jadi macam kaki report tu ke macam Ebit Lew?Maafkan saya,saya salah.Saya banyak dosa dan tak pandai berkata.Ramadhan baru saja di permulaannya,saya bosan baca komen caci maki yang bukan lagi di level saya.Saya berharap dapat baca banyak posting dan komen dari awak yang mendekatkan diri saya kepadaNya.
Bantuan dari kerajaan yang disampaikan oleh wakil2 rakyat dan pemuda-pemudinya itu duit kerajaan,duit pembayar cukai,duit rakyat,duit awak juga.Bantuan yang disampaikan oleh NGO dan individu2 tu duit yang orang ramai infaq.
Ebit Lew pula mengaku berjuta duit poketnya sendiri dihabiskan untuk bagi bantuan sepanjang musim PKP ni.Masha Allah..tak hairanlah jika Allah melipat gandakan rezekiNya.
Ebit Lew bukan ketua kampung,adun,MP atau ahli politik.Ebit Lew hanya seorang cina mualaf yang memilih untuk buat kerja2 dakwah dan amal kerana sayangkan Allah, pantas saja awak gelarkan dia ustaz.Saya berharap sepantas gelaran yang awak berikan tu juga akan ada ustaz2 wakil rakyat yang mampu lakukan seperti Ebit Lew akan tampil ke depan menjadi sumber inspirasi baru.
Maafkan saya,saya salah.Saya tak pandai.Saya banyak salah dan tak pandai berkata.Ebit Lew tu insan yang hebat,berjuta duitnya berjuta like dan followers nya,jauh meninggalkan Uncle Kentang,Anjoulie,Datuk Aliff Syukri, Rizalman, Diva AA,maupun awak atau saya.Jika esok ada PRK, jadi calon bebas guna lambang kopiah, jubah malah guna lambang daun ganja sekalipun saya yakin dengan izin Allah Ebit Lew boleh menang.Namun saya berharap Ebit Lew tak menceburi politik walaupun mungkin nanti dilamar oleh parti kerajaan.Awak sebagai wakil rakyat harus ambil inspirasi untuk jadi hebat seperti Ebit Lew,bukan ambil Ebit Lew jadi wakil rakyat untuk jadikan parti awak nampak hebat.
Maafkan saya,saya salah.Awak juga boleh berkongsi apa yang awak fikir,saya cuma sampaikan apa yang ada di fikiran..untuk awak fikir-fikirkan...
FB
Mohd Nasir Mohd Hasriq
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Tiada ulasan