Header Ads

Header ADS

Jumpa Azmin Tak Boleh, Jumpa Muhyiddin Tak apa pula.. Itulah Politik Anwar


PKR menggantung jawatan ketua wanitanya, Haniza Talha sementara menunggu siasatan lembaga disiplin selain menghantar surat tunjuk sebab kepada naib presidennya, Tian Chua.

Menurut Haniza, beliau digantung kerana bertemu bekas pemimpin PKR Azmin Ali dan Zuraida Kamaruddin yang tidak dinyatakan secara khusus.

Seuhubungan itu Haniza mempersoalkan penggantungan tersebut sedangkan Presiden PKR Anwar Ibrahim sendiri mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri dan Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin merupakan tokoh penting yang memainkan peranan dalam kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH), manakala Azmin dan Zuraida keluar PKR untuk menyertai Bersatu.

"Zuraida dan Azmin berada dalam parti yang sama seperti perdana menteri. Mengapa saya tidak boleh bertemu dengan Zuraida dan Azmin tetapi presiden boleh bertemu dengan Muhyiddin. Apa ni?" katanya kepada Malaysiakini.

Haniza berkata adalah aneh apabila surat penggantungan itu tidak menyatakan bila beliau bertemu dua bekas pemimpin PKR berkenaan.

Tambahan pula, katanya, surat itu juga menyebut keputusan kepimpinan pusat PKR pada Mac 21 lalu untuk mengarahkan Haniza dan Chua menunjukkan surat tunjuk sebab tetapi tidak menggantung mereka.

"Kamu tak boleh buat perkara seperti ini. Kamu buat satu keputusan, tetapi mengambil tindakan yang berbeza," katanya ketika ditanya sama ada beliau akan kekal bersama PKR.

Adun Lembah Jaya itu berkata surat berkenaan dihantar kepada beliau pada Isnin lalu, iaitu kira-kira satu jam sebelum mesyuarat biro politik PKR.

Justeru kehadiran surat itu menghalang beliau daripada menyertai mesyuarat tersebut.

Sementara itu, Ketua Lembaga Disiplin PKR, Ahmad Kassim menegaskan bahawa Haniza dan Chua tidak dipecat daripada PKR.

Katanya, penggantungan Haniza masih disiasat oleh lembaga disiplin.

"Dia tidak dipecat. Apabila siasatan lembaga berakhir, mungkin lembaga akan berpuas hati dengan jawapan beliau dan penggantungan itu akan ditarik balik dan dia akan menjadi ahli semula," katanya ketika dihubungi.


MR :  Anwar dah tak releven sekarang..


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


8 ulasan:

  1. PKR adalah projek CIA. Mereka berfahaman Liberal Laknatullah. Dalam keadaan ekonomi Amerika sangat genting sekarang ini, ekoran kemelut Covid dan peperangan yg akan berlaku terhadap China, maka PKR sudah kehilangan dana dari Amerika dan juga Israel.
    Ya Allah, hancurkan lah PKR dan DAPigs. Hancurkan lah mereka sebagaimana kau hancurkan tentera Abrahah. Matikan lah mereka dengan kematian yang amat dahsyat. Kau rosakkan lah mereka. Ya Allah hancurkan lah PKR dan DAP.

    BalasPadam
  2. Tongkang dah nk pecah...aaminn...

    BalasPadam
  3. Mp pkr bincang tentang ekonomi pun tak boleh kerana yb azmin menteri berkenaan dengan ekonomi iaitu miti.

    BalasPadam
  4. Pkr pun nk jd mcm bersatu gak nti...

    BalasPadam
  5. PKR,DAP,pan, dalam hati mereka tak ada niat nak maju kan rakyat Malaysia, yang ada hanya lah untuk majukan mereka dan kroni kroni mereka saja

    BalasPadam
  6. Berikan satu contoh jasa besar pkr kepada rakyat.Yang ni yang arif si arif muluk lebih tahu. Projek kacang move hancur.. PD move pun ke laut..fakta jelas sasaran nombor wahid pkr hanya nak bang non jadi PM. Akhirnya pakatan hancur ditengah jalan kerana bang non di utamakan,rakyat dikencingkan

    BalasPadam
  7. Bru la skg korang tau Parti PKR tu adelh parti ape...parti yg #kita org bolih buat korang x bolih buat.#kita org buat semua btul, korang buat semua salah.# Kita org di tangkap dn di bicara kat mahkamah sbbkn org aniayakn tpi bila korang di tangkap dn di bicara kat mahkamah sbb tu btul dn benar. Puiiiiu...ckp korang jer btul,perangai korang jer baik, org lain semua jahat dn berslah.Parti ape tu? Parti yg nk naik kn si awnuar jdi PM. Tu jer tujuan mrk.

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.