Header Ads

ads header

Flash News

Keluar nak beli peti ais, lelaki ini beri penerangan ketika ditahan… polis dapat kesan pekerjaannya


SUDAH terbiasa mengajar murid di sekolah, peranan dan sifat sebagai guru turut terbawa-bawa di luar waktu kerja.

Begitulah situasinya yang dihadapi Muhammad Azhan Zaffuan Ramli, 33, apabila askar dan polis yang berkawal di satu sekatan jalan raya boleh meneka kerjayanya dengan tepat, hanya dengan menilai cara percakapannya.

Menurut guru Bahasa Inggeris dan Pendidikan Seni itu, kejadian menghiburkan itu berlaku sewaktu dia dalam perjalanan untuk membeli peti ais dari Puncak Alam ke Setia Alam, Selangor, pada Selasa.

“Saya nak pergi beli peti ais dan perlu melalui roadblock. Jadi askar dan polis yang berkawal tanya saya nak ke mana?

“Bila saya jawab, mereka tanya jika saya bekerja sebagai cikgu. Terkejut juga masa tu, macam mana mereka tahu saya kerja apa.

“Kata polis tu, cikgu-cikgu je bila orang tanya satu, dia jawab banyak,” ujarnya secara berseloroh kepada mStar.



Posting Azhan yang tular di Twitter.

Jelas guru yang berasal dari Perak itu, dia sememangnya sudah terbiasa memberi penjelasan terperinci di dalam kelas bagi memberi kefahaman kepada murid-murid.

Tanpa disedari, sifat itu menjadi sebahagian daripada dirinya dan turut terbawa-bawa di luar bilik darjah.

Bercerita mengenai kisah peti ais yang tular itu, Azhan berkata dia mahu membeli kelengkapan itu sebelum bulan Ramadan menjelma tidak lama lagi.

Ujarnya, dia sudah mencari peti ais di kawasan berdekatan rumah di sekitar Puncak Alam, Selangor namun gagal menemuinya.

Mula-mula memang janggal. Dah terbiasa berhadapan dalam kelas, sekarang hadap skrin je. Guru-guru harus cari jalan bagaimana nak sampaikan pengajaran.

MUHAMMAD AZHAN ZAFFUAN RAMLI

GURU


“Sebelum ni ada peti ais, tapi kawan saya dah berpindah rumah. Jadi mereka dah bawa keluar peti ais tu.

“Saya cari online, tapi delivery agak lambat. Dah dekat puasa ni, nak simpang barang, nak masak lagi.

“Bila saya jelaskan, pihak berkuasa pun faham dan mereka benarkan perjalanan saya. Tapi tetap tak jumpa peti ais bersesuaian semalam,” ujarnya lagi.

Bercerita mengenai keadaan semasa murid-muridnya, Azhan berkata kelas dalam talian berjalan dengan lancar biarpun tidak semua dapat mengikutinya.



Azhan mengakui pengajaran secara dalam talian ada cabarannya tersendiri.

Malah katanya, hal itu menjadi cabaran buat golongan guru khususnya untuk mengajar dalam suasana penuh terhad dan tiada interaksi langsung sebagaimana di dalam bilik darjah sebelum ini.

“Interaksi jadi terbatas. Kalau nak banding dengan pengajaran dalam kelas, memang berbeza.

“Mula-mula memang janggal. Dah terbiasa berhadapan dalam kelas, sekarang hadap skrin je.

“Guru-guru harus cari jalan bagaimana nak sampaikan pengajaran, pada masa sama tidak membebankan murid dan keluarga mereka,” jelasnya lagi.



Azhan sewaktu kelas atas talian bersama murid-muridnya.

Dalam pada itu, posting Azhan di Twitter sehingga kini menerima hampir 27,000 ulang kicau (Retweet).

Malah, ramai netizen turut meninggalkan komen mereka di posting itu.

“Bayangkan berapa banyak cikgu yang abang polis tu dah jumpa sampai boleh teka dengan tepat macam tu?

“Ni cikgu yang rindu nak terang kat kelas. Last-last dia terang panjang lebar kat polis.

“Saya bukan cikgu. Tapi jenis saya macam ni juga, suka jawab jenis explain. Hahaha menurun dari ayah saya sebenarnya. Ayah pensyarah,” ujar beberapa netizen.

Sumber: Mstar


MR :  Cikgu juga semua kerja part time dia orang buat.. ada jadi penjual, ada jadi tukang rumah, ada jadi....   sehingga merunggut orang yang kerjaya lain


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. Mcm2 part time cikgu kena buat d sekolah banyak duit cikgu terpaksa alirkan kepada sekolah dan murid2,,,buat kuiz supaya murid cerdik kena hulur hadiah,,bawak murid pergi sukan kena hulur duit,,jgn sembang peruntukkan banyak kalau bukan berada d posisi seorang guru

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam