Header Ads

ads header

Flash News

Lebih 5,000 kes Covid-19 direkod di Singapura, 623 jangkitan baru


SINGAPURA: Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) dalam laporan awal mengesahkan bahawa terdapat penambahan 623 kes jangkitan Covid-19 di negara itu, majoritinya melibatkan pekerja asing yang tinggal di asrama.

Penambahan itu menjadikan keseluruhan kes jangkitan di Singapura kini berjumlah 5,050 kes.

Kementerian itu dalam kenyataan di sini memberitahu 25 lagi kes telah discaj, menjadikan jumlah yang sembuh sepenuhnya kini adalah 708.

“Pihak kami masih mengkaji kes ini dengan terperinci dan maklumat lanjut mengenainya akan dikongsi bersama menerusi kenyataan media kementerian yang akan dikeluarkan lewat malam ini,” menurutnya.

Sehingga pukul 12 tengah hari semalam (16 April), Singapura melaporkan 568 kes import, 1,170 kes dikaitkan dengan komuniti yang termasuk pemegang pas kerja yang tinggal di luar asrama, manakala 2,689 adalah dari asrama yang terlibat.

Ketika ini tidak kurang daripada 20 asrama terbabit dengan jangkitan berkenaan, dengan 12 diwartakan sebagai kes isolasi.

Sementara itu terdapat kira-kira 70 kes positif melibatkan rakyat Malaysia di negara republik itu dengan 19 daripadanya sembuh sepenuhnya.

Kira-kira 10 daripadanya dikaitkan dengan 6 kluster, termasuk 2 asrama, yakni Tech Park Crescent dan S11 @Punggol, di samping Mustafa Centre, SingPost, sebuah hostel di Jalan Kubor, dan sebuah premis makanan segera,


MR :  Ini kononnya dibanggakan oleh PH..


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan