Header Ads

Header ADS

Lelaki berang (menjadi bangang) kereta dipotong


PASIR MAS - Seorang lelaki bertindak luar kawalan apabila memukul pemandu kereta Perodua Kancil menggunakan sebatang besi boleh laras selepas berang apabila kenderaan miliknya dari jenis Toyota Harrier yang dipandunya telah dipotong dalam kejadian di Jalan Kampung Atas Pinggir, Bunut Susu di sini hari ini.

Kejadian jam 12 tengah hari itu mengakibatkan pemandu Perodua Kancil itu mengalami luka sepanjang 3 sentimeter (cm) di bahagian kepala dan bengkak serta calar pada lengan.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Superintendan Mohamad Roy Suhaimi Sharif berkata, siasatan awal mendapati suspek berusia 45 tahun itu tidak berpuas hati dengan tindakan mangsa yang telah memotong kenderaannya.

"Mangsa berusia 35 tahun telah mengakui memotong kenderaan dinaiki suspek kerana ia dipandu secara perlahan dalam keadaan ke kiri dan ke kanan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini hari ini.

Menurutnya, tindakan mangsa memintas keretanya itu menyebabkan suspek bertindak mengekori mangsa sehingga berjaya memotong kenderaan tersebut.

Katanya, suspek kemudian bertindak melanggar bahagian belakang serta menghimpitnya menyebabkan kereta mangsa hilang kawalan lalu terbabas ke dalam parit dan suspek kemudian meluru dari kenderaannya serta bertindak memukul mangsa menggunakan besi boleh laras sehingga mendatangkan kecederaan.

Beliau berkata, hasil siasatan mendapati suspek mempunyai tiga rekod jenayah lampau dan semakan rekod menunjukkan kenderaan dinaiki lelaki itu telah didaftarkan atas nama seorang wanita di Bangi, Selangor.

"Polis telah menghubungi wanita berkenaan dan dia menjelaskan bahawa kenderaan itu diberikan sambung bayar kepada sebuah syarikat kereta di negeri ini.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 324 dan 279 Kanun Keseksaan dan usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan," katanya.

Hari ini, tular video berdurasi 20 saat di laman sosial Facebook menunjukkan seorang lelaki berbaju putih memukul pemandu Perodua Kancil menggunakan besi dipercayai selepas berlaku kemalangan.


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.