Header Ads

Header ADS

Menteri kesihatan Israel kena jangkitan Covid-19


Menteri Kesihatan Israel Ya'acov Litzman dan isterinya didiagnosis dengan Covid-19 dan akan dikuarantin, lapor agensi berita Sputnik memetik media tempatan.

Selaras dengan cadangan pihak perubatan, menteri itu akan terus menjalankan tugasnya dari rumah.

Menurut Kementerian Kesihatan, jumlah kes Covid-19 di Israel sebanyak 6,092, dengan 26 kematian.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 11 Mac mengisytiharkan wabak itu sebagai pandemik.

Mengikut data terkini WHO, lebih 823,000 kes jangkitan didaftarkan di seluruh dunia, dengan lebih 40,000 kematian.

Menurut data Johns Hopkins University pula di seluruh dunia lebih 932,000 orang dijangkiti dengan lebih 46,000 kematian.

- Bernama




MR :  Ada sesetengah penceramah kata covid-19 ini rancangan Isreal.. Aku pun pening!!


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.