Nekad potong lidah untuk pujuk Dewa Kali Mata hentikan wabak Covid-19
Seorang lelaki berusia 24 tahun dari Madhya Pradesh nekad memotong lidahnya sebagai korban bagi memujuk dewa menghentikan penularan wabak Covid-19 di negara itu.
Dalam kejadian yang berlaku di depan kuil Bhavani di Nadeshwari,
Gujarat, Vivek Sharma, memotong lidahnya untuk ditawarkan kepada Dewa
Kali Mata selepas dia kecewa tidak dapat pulang ke kampung susulan
perintah berkurung yang dilaksanakan.
Difahamkan, Vivek bekerja sebagai pengukir batu di kuil tersebut bersama lapan rakannya.
Sebelum kejadian, Vivek memberitahu rakannya yang dia mahu pergi ke
pasar pada waktu rehat. Bagaimanapun, Vivek tidak kembali selepas itu
membuatkan rakannya terus menghubungi telefon bimbitnya.
Sebaik panggilan dijawab, mereka terkejut mendengar suara orang lain
yang memaklumkan Vivek ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di kuil
berhampiran dengan lidahnya sudah terputus.
Vivek kemudian dikejarkan ke hospital dan doktor berusaha menyambung
semula lidahnya. Tetapi tidak diketahui sama ada pembedahan itu berjaya
atau sebaliknya, atau Vivek akan menjadi bisu seumur hidup.
Menurut sumber polis, Vivek bertindak sedemikian agar wabak Covid-19 dapat dihentikan dan dia boleh pulang ke kampung.
Salah seorang rakannya berkata, Vivek merupakan pemuja Kali Mata dan memang taat dengan dewa itu.
Sumber: Times of India, Harian Metro
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Sudah sudah lah ...negara kita masa kini dalam keadaan melawan covid dan yg pula ahli politek gila kuasa dan jygak ekonomi yg terjejas ada baik nya lupa kan dulu hal pelarian bila sudah puleh maka elok di hantar semula pelarian kenegara adal mereka...kita ambil berat tetang rakyat melaysia yg maseh melarat dan mengangur.bukan nya sedikit ramai yg jadi pengangur dinegara srndiri sedang kan pati dan pelarian bolit semua peluang yg ada...jgn salah rakyat semdiri
BalasPadam