Header Ads

ads header

Flash News

Netizen kecam wakil rakyat langgar PKP


Ketika rakyat disuruh duduk di rumah dan patuh pada perintah kawalan pergerakan (PKP), namun segelintir wakil rakyat termasuk menteri besar dan timbalan menteri dilihat "melanggar" peraturan berkenaan.

Beberapa gambar membabitkan pemimpin parti politik berkumpul secara beramai-ramai tular di media sosial sehingga menimbulkan kecaman netizen.

Sejak semalam, tular gambar Menteri Besar Terengganu Ahmad Samsuri Mokhtar mengunjungi bekas menteri besar Ahmad Said di kediamannnya di Teluk Kalong, Kemaman.

Samsuri berkunjung ke rumah Ahmad yang juga pengerusi Umno Terengganu bagi menyelesaikan isu berbangkit berhubung agihan peruntukan yang tidak sama rata diterima Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) BN.

Gambar yang dikatakan dirakam pada pertemuan itu memaparkan Samsuri menikmati hidangan makanan bersama Ahmad, selain bergambar dengan orang ramai yang berada di kediaman berkenaan.

Gambar itu, mengundang kecaman netizen yang mendakwa ia melanggar peraturan PKP termasuk penjarakan sosial.



Turut tular di media sosial, tindakan Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Abdul Rahman Mohamad yang berkujung ke rumah rakan politiknya bersama rombongan dan menikmati jamuan makan tengah hari.

Gambar berkenaan dimuat naik pemilik akaun Facebook Nasarruddin Zin, dipercayai individu yang menjemput timbalan menteri ke kediamannya.

Nasarrudin yang juga Ketua Umno Klang dalam hantaran di Facebooknya memaklumkan yang beliau dan rombongannya kemudiannya mengiringi Rahman untuk menyampaikan bantuan kepada masyarakat orang Asli.



Setiusaha Agung PKR, Saifuddin Nasution pula melahirkan kebimbangan dengan tindakan Timbalan Menteri Kesihatan Noor Azmi Ghazali serta Exco kerjaan negeri Perak, Razman Zakaria bersama kumpulanya yang menikmati makanan secara beramai-ramai.

Tindakan itu dilihat seolah-olah mereka mengabaikan peraturan PKP dalam usaha memutuskan rantaian Covid-19.

Saifuddin berkata, ketika PKP dilanjutkan dan pasukan barisan hadapan menggadai nyawa menangani Covid-19 bebas begerak untuk lawatan tidak kritikal.

"Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Majlis Keselamatan (MKN) menasihati rakyat supaya duduk di rumah, bazar Ramadan dibatalkan.

"Timbalan Menteri Kesihatan ke sana ke sini membawa rombongan untuk lawatan bukan kritikal, makan berjemaah, berkongsi lauk (meningkatkan risiko jangkitan) dan tidak mengamalkan penjarakan sosial.

"Sungguh tidak bertanggungjawab dan menunjukkan contoh yang teruk kepada rakyat. Harap tiada kluster baru yang berpunca daripada lawatan sebegini," katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.



Saifuddin turut memuat naik gambar Azmi dan Razman bersama kumpulannya sedang makan berkumpulan.

Berdasarkan tangkap layar yang dimuat naik Saifuddin, Azmin dan Razman berbuat demikian ketika hadir ke sebuah Maahad Tahfiz di Lenggong, Perak.

Malaysiakini sedang berusaha mendapatkan penjelasan Azmi dan Razman berhubung gambar berkenaan.

Malaysia mengambil langkah drastik melaksanakan PKP dalam usaha mencegah penularan wabak Covid-19.

PKP pada asalnya dikuat kuasa bermula 18 Mac lalu dan dijadualkan berakhir pada 31 Mac lalu.

Bagaimanapun Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengumumkan PKP dilanjutkan sehingga 24 April ini bagi memastikan negara benar-benar bebas Covid-19.

Melalui pelaksanaan PKP, beberapa peraturan dikuat kuasa antaranya tidak boleh bergerak keluar rumah melebihi 10 kilometer, perlu mengamalkan penjarakkan sosial dan tidak boleh berkumpul.


MR :  Sepatutnya perkara ini dielakkan.. ramai rakyat terpisah suami isteri, anak-anak kerana PKP


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. Suruh Diva AA je yang nasihat mereka ni. Dah le langgar PKP upload gambar lagi tu. Pandai le sikit. Kluster baru kluster SRP lepas tak.

    BalasPadam