Header Ads

ads header

Flash News

Pelantikan Abdul Hadi Sebagai Duta Khas Sangat Penting mengikut analisis Parti Politik Turki


KUALA TERENGGANU, 17 April - Pelantikan Ahli Parlimen Marang, Dato' Seri Abdul Hadi Awang sebagai Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah adalah sangat penting bagi mengembalikan semula keamanan di sana.

Presiden Parti Saadet Turki, Temel Karamollaoglu berkata, kepakaran yang dimiliki Abdul Hadi pasti akan memberikan keuntungan kepada banyak pihak.

"Wilayah Timur perlukan keamanan, ia amat memerlukan seseorang yang sangat berpengalaman, mengenali kami dan Timur Tengah.

"Saya percaya Abdul Hadi akan memberi sumbangan dalam proses keamanan berdasarkan pengalaman beliau yang meluas," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Di samping itu, Temel turut berbangga dengan penglibatan Parti Islam Semalaysia (PAS) ke dalam kerajaan yang dibentuk baru-baru ini.

"Penting untuk mereka berada dalam kerajaan, saya yakin mereka akan berjaya memacu kemajuan di Malaysia," tambah beliau.

Dalam masa yang sama, Temel juga mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin atas pelantikan ke jawatan itu.




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:


  1. PAS dalam kerajaan Perikatan Nasional adalah satu rahmat kpd rakyat Malaysia.

    Semoga Allah memelihara PAS supaya berada dalam keadaan istiqamah.

    BalasPadam