Header Ads

Header ADS

Penerima BPN tiada akaun bank boleh ambil tunai di BSN


SHAH ALAM - Penerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang tidak mempunyai akaun bank boleh menerima bayaran secara tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai hari ini sehingga 31 Disember 2020.

Menurut Kementerian Kewangan, terdapat sebahagian kecil penerima B40 yang telah diluluskan BPN tetapi belum menerima pembayaran berkenaan kerana tidak mempunyai akaun bank atau bayaran BPN gagal dikreditkan ke dalam akaun mereka.

"Penerima yang ke cawangan BSN perlu membawa kad pengenalan masing-masing dan dinasihatkan agar mematuhi penjarakkan sosial serta arahan kesihatan dan keselamatan daripada anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) yang bertugas.

"Inisiatif di atas adalah hasil daripada langkah Prihatin di bawah matlamat Lindungi Rakyat, bagi memastikan kerajaan dapat menyalurkan bantuan kepada masyarakat B40 yang amat memerlukannya, terutamanya dengan penyambungan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 28 April 2020.

"Kerajaan berharap agar bantuan ini dapat sedikit sebanyak meringankan beban kehidupan golongan yang disasar ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Untuk senarai cawangan yang dibuka atau maklumat lanjut, penerima boleh melayari laman web BSN.

Untuk rekod, sehingga hari ini, kerajaan telah menyalurkan BPN kepada 6.5 juta penerima golongan berpendapatan rendah (B40) melibatkan bayaran melebihi RM4.8 bilion. - SINAR HARIAN



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


5 ulasan:

  1. Kalau bpn atas nama suami..tapi suami tak dapat hadir sendiri ke bsn untuk buat penebusan kerana tak dapat balik ke malaysia sepanjang tempoh pkp dijalankan,suami berada di singapura atas urusan kerja di sana,bolehkah isteri wakilkan untuk tebus bpn tersebut?

    BalasPadam
  2. Aslmkum,bila sy bolek terims duwed bantuan

    BalasPadam
  3. Guna surat beranak boleh ke pergi Amek batuan bpn. Ic hilang nk buat duit xda lagi

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.