Header Ads

ads header

Flash News

Perhati gelagat di media sosial, warga maya terhibur teguran PM


KUALA LUMPUR, 7 April — Siapa sangka video-video lucu dan kreatif yang dihasilkan rakyat Malaysia sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) rupa-rupanya mendapat perhatian perdana menteri.

Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam ucapan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin Tambahan) semalam memuji rakyat yang menunjukkan cara masing-masing untuk kekal dalam rumah bagi mengekang pandemik Covid-19.

“Saya tahu setelah tiga minggu saudara saudari berkurung di rumah mungkin ada di kalangan saudara saudari yang berasa agak terbeban dengan ujian Tuhan ini.

“Saya lihat di media sosial ada suami yang mula memakai baju kelawar isteri mereka, agak luar biasa.

“Ada yang mengayuh basikal dalam rumah. Ada juga yang mengubah ucapan saya menjadi lagu rap.

“Saya harap ini bukanlah kejadian yang pelik atau pun buang tabiat, kata orang.

“Ini adalah sebahagian daripada kreativiti anda semua untuk menghilangkan rasa bosan duduk di rumah,” katanya.

Kata-kata Muhyiddin itu mengejutkan ramai yang tidak menyangka seorang pemimpin negara sempat memerhatikan gelagat rakyat di media sosial.

“PM stalk kita rupanya,” catat @hanifjamals di Twitter, diulang kicau lebih 33,000 kali dan disukai lebih 36,000 pengguna.

Sejumlah RM10 bilion diperuntukkan bagi membantu meringankan beban kewangan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), sekaligus menjamin dua pertiga daripada jumlah pekerja di negara ini tidak hilang pekerjaan.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


5 ulasan:

  1. Ada PM MY menempelak rakyat dengan subsidi? Ada PM hukum rakyat dengan tarik peruntukan ? Ada PM ugut rakyat? Sangat berbeza PM di zaman PN ini.Keluar muka PM kat TV menyantuni rakyat secara bersahaja/seloroh. Itupun dalam keadaan mengumumkan peruntukan untuk kesejahteraan rakyat.
    Terima kasih PM

    BalasPadam
  2. Terbaik.. PM MY... Moga Allah permudahkan segala urusan kita semua...

    BalasPadam
  3. Allhamdullilah, pm masih menyantuni rakyat dengan berhemah walaupun rakyat negara dalam keadaan yang amat tertekan, semoga kita semua dalam lindungan Allah, Aamiin

    BalasPadam
  4. bersyukur sangat ada PM yang berjiwa rakyat semula...

    BalasPadam