Header Ads

Header ADS

PH bertegas adakan sidang khas Dewan Rakyat debat isu Covid-19


PETALING JAYA: Pakatan Harapan (PH) bertegas sidang khas Parlimen perlu diadakan untuk membincangkan isu Covid-19 sebelum Dewan Rakyat bersidang pada 18 Mei ini.

Presiden PKR, Anwar Ibrahim bersama Presiden Amanah, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam satu kenyataan bersama berkata, sidang khas itu perlu diadakan demi proses semak dan imbang yang merupakan tiang seri demokrasi.

“Sekiranya kerajaan enggan mengadakan sidang khas Parlimen, Majlis Presiden PH berpandangan sidang mesyuarat pada 18 Mei perlu diadakan sekurang-kurangnya 2 hari bagi memberi ruang kepada ahli Dewan Rakyat membahaskan isu-isu berkait wabak ini.”

PH berkata, Jawatankuasa Peraturan Mesyuarat Parlimen perlu mengadakan pertemuan segera untuk membincangkan langkah yang perlu diambil bagi menyesuaikan peraturan mesyuarat dengan nasihat dan arahan Kementerian Kesihatan dalam menjaga keselamatan petugas serta ahli Parlimen.

Katanya, ini termasuk mempertimbangkan kesesuaian mengadakan sidang Dewan Rakyat dalam talian seperti dilakukan beberapa negara lain.

“Oleh itu, kami turut mencadangkan satu pertemuan diadakan antara yang di-pertua Dewan Rakyat, wakil kerajaan dan Ketua Setiausaha PH, Saifuddin Nasution bagi membincangkan perkara ini pada kadar segera.”

Bulan lalu, veteran DAP, Lim Kit Siang menggesa Parlimen mengadakan sidang khas selama 2 hari untuk meluluskan pakej rangsangan ekonomi bernilai RM250 bilion dan membahaskan “penggerakan semula paling awal enjin ekonomi Malaysia”.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


4 ulasan:

  1. Jangan tunduk kpd desakan mereka.

    BalasPadam
  2. Mereka nak mengeruhkan keadaan bukan nak memperbaiki..pelsit semua..baik derma elaun2 kalau betul2 nak membantu..rakyat dah benci.

    BalasPadam
  3. Baru nk tunjuk kt ambil berat,sbb tu sidang disuruh buat.Dulu asyik x dtg.dh x de rajin plak.X tau ke negara tgh sibuk berperang ngan covid 19.Sudah-sudahlah tu...

    BalasPadam
  4. Sebenarnya mereka minta sidang 2 hari tu bukan nak bersoal jawab berkaitan COVID 19 pun TETAPI lebih kepada nak melunaskan USUL UNDI TIDAK PERCAYA KEPADA PM TSMY. Disini mereka akan mengunakan pentas Parlimen utk mengaib dan mengkucar kacirkan pentadbiran supaya Undi tidak percaya itu berpehak jepada mereka walau dgn kelebihan 1 undi. Soal SPBYDA dan kuasanya, soal Perlembagaan Persekutuan itu semua bagi mereka dah tak penting. Yang utama nak balik jawatan. Kerna bila dapat balik kuasa, dgn kuasa tu lah dendam kesumat dapat dibalas balik tidak kira siapa anda. Dulu e wallet 30 hinggit, sebab negara nak bangrap sangat sangat dapat TAPI bila TSMY keluar peruntukan 250B semua tercenggang tergangga mulut. Ooo.... duit banyak lagi rupanya, awat kita tak tau tidak leh sapu keliling. Daun Sepit, colour pulak tu strait pulak. Alamak camna boleh kakah... 😄😄😄😄😄😄

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.