Header Ads

ads header

Flash News

Pujian Melambung WHO Telah ‘Membunuh’ Singapura


Ketika pandemik COVID-19 mula menyerang satu persatu negara di Asia Tenggara pada awal Februari, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memuji Singapura atas pendekatan negara itu terhadap virus berbahaya.

Setelah dua bulan, Singapura seakan tersungkur dengan tiba-tiba apabila bilangan kes COVID-19 di Singapura kini meningkat melepasi Indonesia, sekali gus muncul yang tertinggi di Asia Tenggara selepas mengenal pasti ratusan pesakit dalam kalangan pekerja warga asing.

Singapura disebut-sebut negara paling efisien dalam menangai situasi krisis pandemik ini. Ketika negara-negara lain bertungkus-lumus melaksanakan sekatan pergerakan dan perintah berkurung, apa yang telah dilakukan Singapura berjaya menurunkan kes.

Namun, semuanya berubah sekelip mata sejak minggu lepas.

Berdasarkan statistik terkini, Singapura kini melepasi Indonesia yang merekodkan 6,248 kes dan Filipina yang mencatatkan 6,087 kes COVID-19.

Pakar di Mayo Clinic iaitu rangkaian Hospital Amerika Syarikat (AS), Prof Vincent Rajkumar, dalam ciapan di twitter, berkata dunia harus mengambil iktibar daripada pengalaman Singapura.

“Sama seperti Korea Selatan, Singapura berjaya mengendalikan gelombang pertama COVID-19 dengan baik sehingga mendapat pujian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

“Namun, tindakan melonggarkan langkah kawalan terlalu awal mungkin membawa musibah gelombang kedua yang lebih teruk.

“Kini, Singapura terpaksa melawan gelombang kedua dengan langkah lebih ketat termasuk menutup sebahagian besar premis perniagaan,” katanya.



Tambahan 596 kes disahkan Singapura pada Ahad, menjadikan jumlah kumulatifnya meningkat kepada 6,558 kes di seluruh republik itu dengan hanya 25 daripadanya adalah warga Singapura atau penduduk tetap.

Sehubungan itu, pihak berkuasa meningkatkan ujian terhadap penghuni asrama pekerja asing di republik itu yang kini sebahagiannya diletakkan di bawah perintah berkurung.

Difahamkan, terdapat kira-kira 200,000 pekerja asing, kebanyakannya dari negara Asia Selatan, yang tinggal di 43 asrama pekerja asing di seluruh Singapura.

Singapura kini sedang memperketatkan syarat kemasukan, wajibkan pemakaian topeng muka, membelanjakan berbilion dolar bagi mengukuhkan ekonomi dan menguat kuasa sekatan pergerakan serta perintah berkurung bagi membendung virus itu.

Apa yang kita perlu pelajari dari Singapura?

Kita diingatkan supaya tidak memandang remeh dan dan sewenang-wenangnya melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) walaupun jumlah kes positif COVID-19 harian menunjukkan penurunan.

Selagi jumlah individu yang positif virus belum mencapai tahap sifar, kita masih tersekat dalam ‘kehidupan normal baharu’ ini.
#sumber




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan