Header Ads

ads header

Flash News

Rakyat makan banyak ketika PKP kata pemborong beras


PETALING JAYA: Pemborong beras Faiza Sdn Bhd menjangka peningkatan jualan sebanyak 50% bulan ini berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pengurus cawangan Faiza (wilayah tengah) Jadwa Abu Bakar berkata syarikat itu tidak dapat memenuhi permintaan.

“Saya rasa orang ramai makan lebih banyak kerana jualan pad Mac 50% lebih tinggi daripada biasa dan saya menjangkakan kenaikan jualan yang sama pada bulan ini,” katanya.

“Kami biasanya menjual 8,000 tan sebulan di seluruh Malaysia, tetapi bulan lalu, jualan kami meningkat kepada 13,500 tan,” katanya kepada media ketika lawatan delegasi Kementerian Pertanian dan Industri Makanan ke kilangnya di Subang hari ini.

PKP menyaksikan sekatan pergerakan dalam aktiviti awam sejak 18 Mac dengan orang awam diminta duduk di rumah sehingga 14 April untuk mengekang penularan Covid-19.

Pembelian panik berikutan kebimbangan sekatan pergerakan itu yang mengehadkan pergerakan menyaksikan rak beras dan produk ruji lain di pasar raya kosong sepanjang bulan lalu.

Jadwa berkata: “Kami sebenarnya menerima 3 kali ganda jumlah pesanan biasa tetapi kilang-kilang dan penghantaran kami tidak dapat memenuhinya. Kami juga perlu menyewa lori tambahan untuk memastikan kami membuat penghantaran tepat pada masanya.”

Anak syarikat Bernas, pengimport beras tunggal negara, Faiza mengedarkan beras dan produk berasaskan beras kepada peruncit di seluruh negara.

Sementara itu, Timbalan Menteri II Pertanian dan Industri Makanan Che Abdullah Mat Nawi memberi jaminan kepada rakyat bahawa negara mempunyai bekalan beras yang mencukupi.

Che Abdullah yang mengatakan Malaysia mengimport 30% keperluan berasnya, berkata kerajaan sentiasa mengawasi rantaian bekalan beras negara – yang diimport dan pengeluaran tempatan – bagi memastikan permintaan beras bulanan negara sebanyak 200,000 tan dipenuhi.

“Kami mempunyai 400,000 hingga 500,000 tan beras di pasaran pada bila-bila masa, dan petani dan kilang kita sentiasa berusaha untuk memastikan bekalan itu diisi semula,” katanya selepas melawat kilang terbabit.

“Rakyat tidak perlu risau.”

MR :  Tidur pun banyak juga..


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan