Rosol Wahid kemalangan di LPT2
KUALA TERENGGAU - Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid terlibat dalam kemalangan di Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2), berhampiran susur keluar Ajil, Hulu Terengganu tengah malam tadi.
Bagaimanapun, kesemua mereka tidak mengalami sebarang kecederaan dan dibawa untuk menjalani pemeriksaan lanjut di Hospital Hulu Terengganu.
Rosol yang juga Ahli Parlimen Hulu Terengganu berkata, beliau dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Hulu Terengganu malam tadi untuk menghadiri mesyuarat dan beberapa program di kawasan Parlimennya.
"Oleh kerana terlalu ramai yang bertanya, saya kongsikan di sini bahawa saya telah terbabit dalam kemalangan di Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) tengah malam tadi.
"Walaupun saya masih terkejut dengan kejadian itu, tugas dan tanggungjawab tetap perlu diteruskan seperti biasa.
"Terima kasih atas semua doa anda buat saya. ALLAH jua yang dapat membalasnya," katanya dalam satu kenyataan di laman Facebook rasminya.

Kereta yang dinaiki Rosol remuk teruk dalam kemalangan di Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2), berhampiran susur keluar Ajil, Hulu Terengganu tengah malam tadi dan Keadaan lembu yang dirempuh. (Gambar viral)
Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menghulurkan bantuan segera sewaktu kejadian, terutama pihak polis dan pasukan peronda LPT2 dan petugas HHT.
Sementara itu, Rosol tetap meneruskan tugas rasminya hari ini dengan menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Khas Keselamatan Negeri (JKKN) Terengganu Bagi Menangani Covid-19 di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu yang dipengerusikan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.
Beliau kemudiannya turun padang bagi meninjau stok bekalan makanan di sebuah kedai pemborong di Kuala Terengganu.
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com






©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Amaran pada mung Rosol.....mung timbalan menteri kpd kementerian yg approve heineken operation masa pkp...alhamdulillah pas tentang, org ramai pun tentang....kalau tidak abis nama pas....
BalasPadamKatalah bukan mung yg approve tapi bantahlah ...takkan tak tahu apapun dlm kementerian sendiri