Header Ads

ads header

Flash News

Saintis dakwa temui Covid-19 jenis baru bertahan 49 hari, lebih sukar dipulihkan


Kumpulan penyelidik dari China mendakwa menemui jenis baru Covid-19 selepas seorang pesakit mengalami jangkitan selama 49 hari.

Mereka berkata, lelaki berusia pertengahan tahun itu yang perlu disuntik dengan darah mangsa koronavirus yang terselamat untuk sembuh, sambil mencadangkan ia mungkin menjadikan tubuhnya lebih sukar untuk melawan virus.

Gejala yang dialaminya ringan dan menurut saintis tubuhnya diserang “keseimbangan dinamik” dengan virus tersebut.

Satu kajian mengenai kes itu diterbitkan pada 27 Mac di laman medRxiv untuk kertas perubatan dan belum diteliti atau diperiksa oleh rakan saintis lain.

Ujian swab Covid-19 menunjukkan selama 49 hari, pesakit dari China yang tidak dinamakan itu “menyimpan” virus itu dalam pernafasannya melalui titisan (droplet).

Pada kebiasaannya mengikut purata, virus itu kekal selama 20 hari dan paling lama direkodkan selama 37 hari.

Pesakit itu pergi ke hospital di Wuhan untuk ujian pada 8 Februari selepas mengalami demam ringan selama seminggu tetapi tidak mempunyai gejala lain berkaitan dengan Covid-19, seperti batuk.

Dia juga mempunyai jangkitan luka pada paru-parunya tetapi pulih tidak lama selepas diberikan rawatan.

Pesakit itu didapati mempunyai jangkitan Covid-19 yang tinggi tetapi indikator sel imunnya kekal stabil.

Penyelidik dari Universiti Perubatan Angkatan Darat di Chongqing berkata virus dan pesakit malah boleh membentuk “hubungan simbiosis”.

Menggunakan terapi berasaskan darah yang digunakan di China dan di UK serta AS, doktor mengepam pesakit dengan plasma daripada seseorang yang telah pulih Covid-19 dan membangunkan antibodi untuk penyakit yang ada padanya.


MR :  Ni buat risau!!


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan: