Header Ads

ads header

Flash News

Seorang Bayi Lelaki Diberikan Nama Lockdown


Bayi lelaki itu dilahirkan di sebuah hospital swasta di India pada 6 April lalu.

Pasangan Raghunath Mali bersama isterinya yang berusia 24 tahun, kini menetap di sebuah perkampungan Bachheri di daerah Madhya Oradesh Sheopur.

Mali juga mendedahkan, nama berkenaan akan menjadi ingatan melawan wabak COVID-19, bukan sahaja kepada dirinya, malah kepada semua orang di serata dunia.

"Seluruh negara kini bersatu untuk menangani krisis berkenaan dan tentunya ia akan menjadi ingatan. Sebab itu jugalah kami menamakan anak kami Lockdown", kata pasangan itu.

Sebelum ini, ada bayi kembar yang dilahirkan di Raipur, India, diberikan nama Covid dan Corona, bertujuan menunjukkan simbolik kemenangan menghadapi kesukaran ketika wabak ini masih lagi berleluasa.



Sumber: India Today



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan: