Header Ads

ads header

Flash News

Sindrom orang hilang kuasa dan rasa


KASIHAN saya dengan bekas Menteri PH, bahana sindrom hilang kuasa, sehingga hilang rasa, tidak lagi menjadi Menteri. Kerjanya cari kelemahan dan salah orang.

Sebelum ini dicanangnya satu dunia dia sedekah duit poket dia membantu mangsa COVID-19 di kawasannya. Bab sedekah ini nak cerita sokmo. Sepatutnya, kita simpan. Jadi, kita faham-faham sajalah jenis orang seperti ini.

Terbaharu, Ultra Kiasu ini menulis mengenai ghanimah. Mengkritik pelantikan Kerajaan pimpinan PN kerana melantik Presiden PAS sebagai Duta ke Timur Tengah, bertaraf Menteri oleh Perdana Menteri (PM). Membazir katanya.

Berbagai istilah yang digunakan, bedak ghanimah, pintu belakang, tebuk atap dan lain-lain kritikan beliau terhadap pimpinan baharu Kerajaan hari ini.

Ultra Kiasu ini menuduh PM, mendahulukan ghanimah daripada fokus untuk kecilkan saiz Kabinet. Elok berjimat katanya. Sindrom hilang rasa.

Dalam maksud, jika PM tidak tebuk atap, pelantikan Menteri yang kritikal sahaja diperlukan buat masa ini. Macam pakar ekonomi pula, wal hal bidang bahasa.

Pelantikan Presiden PAS, rakan konspirator PM katanya lagi, sebagai Duta Khas PM ke Timur Tengah bertaraf Menteri adalah satu bentuk ‘pakat bedak ghanimah’. Istilah Ultra Kiasu ini sendiri.

Katanya, pelantikan ke Timur Tengah tidaklah begitu kritikal berbanding kepentingan Asean dan China. Macam pakar hubungan Antarabangsa pula beliau, sedang PM lebih maklum akan keperluannya.

Saya nak kata beliau tak cerdik tapi dia ada PhD. Nak tak nak, kena kata juga. Dulu beliau pernah berkata, khalayak bukan level dia. Bila jadi pembangkang ini, beliau sudah tidak ada level.

Dalam keadaan kritikal hari ini memang kita perlu wakil PM ke Timur Tengah. Banyak perkara yang perlu dibincangkan terutama berkaitan Umrah dan Haji. Berapa banyak syarikat Umrah Haji kita terjejas disebabkan oleh wabak COVID-19.

Pada Ultra Kiasu ini, sudah cukup wakil Suruhanjaya Tinggi dan Kedutaan kita di sana. Jahil sungguh si mujahat ini dalam melihat perkembangan di Timur Tengah. Berapa banyak negara-negara terlibat di Timur Tengah. Memang kita perlu ada satu wakil untuk bertindak sebagai pemudah cara.

Lagipun, Kerajaan amat memerlukan seseorang yang mempunyai pengalaman yang luas dalam gerakan Islam, selok-belok politik Timur Tengah dan disegani. Macam buat tak tahu pula Ultra Kiasu ini.

Demi kelangsungan ibadah dan ukhuwah Malaysia perlu berbuat sesuatu kepada ummah. Malaysia hantar seorang yang sudah dikenali. Sudah tentu calonnya, tidak lain, itulah Presiden PAS.

Apakah Ultra Kiasu ini sudah lupa, fitnah yang dilemparkan ke atas PM terdahulu. Apabila PH memerintah, kamu tutup Pusat Keamanan dan Anti-Keganasan yang dibiayai oleh Arab Saudi dan lain-lain.

Justeru, sudah tentu negara memerlukan seseorang yang boleh berkomunikasi bukan sahaja dengan penguasa Arab, bahkan gerakan Islam di sana. Masih tidak sedar, ketika kamu berkuasa, habis kacau hubungan diplomatik kita dengan penguasa Arab, kerana mahu ikut rentak Arab Spring konon. Nah, bila kena atas batas hidung sendiri, baru tahu langit tinggi rendah.

Sebab itu saya rasionalkan pelantikan Presiden PAS menjadi wakil PM ke Timur Tengah. Jika berjaya, sumbangan Malaysia cukup besar kepada ummah. Dengki ke?

Kerajaan Ultra Kiasu dahulu melantik wakil khas Malaysia ke negara China, Majlis Perniagaan Bersama Malaysia-China (JBC), tidak pula dibisingnya ketika kamu berkuasa. Bukankah sudah ada duta kita di sana. Berapa banyak pula pelaburan yang dimasuk masuk ke dalam negara? Sudah kamu kira?

Bila sudah tidak berkuasa, baru nampak kesalahan orang. Ceritalah pasal Tabung Haji. Baru seronok saya nak dengar. Kenapa cerita pasal bedak ghanimah dan tebuk atap. Atap sendiri yang bocor kata orang tebuk.

Beliau mengemukakan persoalan, apakah Menteri Luar Negeri tak layak tangani perkara asas ini? Jawapan saya, kalau semua Menteri Luar nak jaga, letih la Menteri Luar.

Macam kita jaga hal ehwal Islamlah, kalau semua berkaitan Islam, Menteri nak jaga, maka letih Menteri yang menjaga agama ini. Sebab itulah perlu ada delegasi. Benda macam ini pun bekas Menteri tak boleh faham. Patutlah Kementerian yang dipegangnya dahulu jadi kalut.

Masa kamu berkuasa dahulu, semua lantikan Kerajaan sebelumnya kamu buang. Kamu ganti dengan orang-orang kamu. Sehingga kini, orang-orang kamu masih ada lagi duduk di kerusi empuk itu. Masih lagi tidak mahu pergi. Saya boleh senaraikan satu persatu.

Pada saya, Kerajaan pimpinan PN masih lagi berhati perut, terbuka, masih mengekal lantikan-lantikan politik yang kamu buat dahulu. Cuba kamu renung sejenak, ambil satu contoh saja, bila kamu baharu dapat kuasa, habis semua lantikan BN dalam perkhidmatan awam dibuang. Contoh, pengurusan tertinggi pengajian tinggi.

Yang paling sedih VC UMT, sedang cuti sakit, belum pun sempat kontrak habis, masih ada beberapa bulan lagi, telah diberikan surat terlebih dahulu supaya keluar awal. Jahat sungguh Ultra Kiasu ini. Orang kafir pun tidak sezalim ini.

Saya ingin nak tanya Menteri PN hari ini, bila lagi nak buang lantikan-lantikan politik yang dibuat oleh PH? Keberadaan mereka jika bersifat profesional tidak mengapa juga. Persoalannya mereka masih lagi berpolitik mempropagandakan agenda Ultra Kiasu. Mereka berstrategi menjatuhkan Kerajaan pimpinan PN secara halus, terutama beberapa agensi media dan badan dakwah yang masih dikuasai.

Bertindaklah segera sebelum ia menjadi parasit kepada pembinaan negara. Khas kepada bekas Menteri Ultra Kiasu ini, dalam keadaan gawat ini, berikanlah cadangan yang membina untuk membantu negara keluar daripada kemelut COVID-19. Sekurang-kurangnya jasa kamu akan dikenang. Sebab, sebelum ini, rakyat masih kabur, kamu buat apa sebenarnya?

PROF DR MOHD RIDHUAN TEE ABDULLAH


MR :  Biarlah mereka nak meracau... duduk rumah boring


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


3 ulasan:

  1. Semasa berkuasa 22 bulan,angkuh dan sombong.Dakwa negara akan bankrup,peruntukan untuk pegawai perubatan ditarik balik, bantuan kepada simiskin juga dihentikan dan perkenal edompet rm30.Penjawat awam dimusuhi.PM MY ambilalih kuasa, terus memberi peruntukan kepada sebahagian besar rakyat,tidak timbul isu negara miskin.
    Kini PH tidak dapat lelap mata kerana tiada modal lagi untuk mengheret rakyat agar membenci PN.Semoga Allah menyelamatkan negara ini daripada kerakusan PH

    BalasPadam
  2. Rakyat telah memberi ruang,peluang dan kuasa kepada PH namun ianya hanya dihabiskan dengan menjaja cerita arwah kerajaan BN.Pembohongan terlampau ini akhirnya berbalik kepada PH sendiri iaitu satu sejarah baru tercatat iaitu PH diguling oleh rakan sepasukan. Yang meroyan macam murai terkena getah hanyalah dua tiga kerat pimpinan panpinpon yang orang ramai sudah sedia maklum bahawa mereka sekadar khadam kepada abang besar dogpig. Ekonomi merudum,sawit tidak laku,peluang pekerjaan tiada,pelabur lari dan pelbagai u turn.Jika PN dalam tempoh susah kerana virus covid 19 boleh melaksanakan pelbagai rangsangan ekonomi dan membantu rakyat tapi PH dalam tempoh 22 bulan hanya ghairah menjual aset,tarah duit petronas,pinjam bon samurai dan berjaya tambah hutang negara.Janji habis ke laut. Kesudahanya rakyat humban PH ke lubang taik dalam 5 PRK terakhir kerana mereka sedar kena kencing

    BalasPadam
  3. Mari berlaku adil.. diorang dah jadi pembangkang.. so takkan nak sokong kerajaan.. so diorang buatlah keje diorang.. mencari kelemahan mencari kekurangan agar mampu diperbaiki lebih naik lagi.. dulu PH memerintah pun sama.. BN dan PAS pun membangkang je keje dia.. semua tak kene.. so kenelah paham tugas pemerintah dan pembangkang.. lagi satu biarlah semua ni dilakukan demi mencari yg terbaik.. terbaik utk rakyat..

    BalasPadam