Header Ads

Header ADS

Singapura Mungkir Janji, Malaysia Hadapi Risiko Gelombang Kluster Pekerja Singapura


Hampir 300,000 rakyat Malaysia yang berkerja di Singapura akan kembali ke Malaysia ketika wabak Covid-19 semakin membarah di Singapura.

Ketika Malaysia mengeluarkan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh Malaysia akan dikuatkuasakan bermula 18 Mac 2020, Singapura mengkritik dengan mengatakan ianya adalah tindakan yang ekstrem dan kawalan ini tidak akan mampu untuk bertahan lama.

Antara isu utama yang berbangkit dalam kritikan Singapura ialah mengenai 300,000 pekerja Malaysia yang berulang-alik dari Johor ke Singapura (BACA DI SINI).

Singapura berkeras mahu rakyat Malaysia dibenarkan bekerja.

Rundingan diadakan antara Menteri Kanan Kluster Keselamatan, DS Ismail Sabri rakan sejawatan beliau dari Singapura, Teo Chee Hean.

Beberapa syarat dan perjanjian telah dipersetujui antara Malaysis dan Singapura :



》Menyediakan tempat tinggal sementara dengan kemudahan asas.

》Insentif sehari SGD50 kerana berkerja di waktu berisiko tinggi.

》Setiap pekerja Malaysia yang mahu masuk semula ke Malaysia selepas waktu berkerja, mesti menjalani saringan kesihatan yang akan ditanggung oleh Kerajaan Singapura (BACA DI SINI).

Tetapi, sebaliknya yang berlaku bukan semua rakyat Malaysia yang berkerja di Singapura diberi tempat tinggal sementara seperti yang dijanjikan.

Malah, dalam satu kenyataan yang disiarkan oleh Malay Mail bertarikh 31 Mac 2020, Menteri Sumber Manusia Singapura, Josephine Teo,  umumkan program penempatan sementara kepada pekerja Malaysia di Singapura tidak akan diteruskan (BACA DI SINI).

Kemudian, Singapura pula umumkan arahan PKP di negaranya (dikenali sebagai circuit breaker - CB) bermula 7 April 2020.

Apa nasib pekerja Malaysia?

Untuk terus menetap di Singapura pasti tidak mampu akan kerana mereka telah kehilangan sumber pendapatan akibat dari arahan PKP di Singapura.

Untuk mereka kembali ke Malaysia, ianya akan mendedahkan kepada ahli rumah mereka kepada jangkitan Covid-19 kerana mereka datang dari tempat wabak sedang merebak dsn mereka belum menjalani apa-apa saringan kesihatan.


Dalam satu kenyataan pada 6 April 2020, Ismail Sabri mengingatkan kembali kerajaan Singapura perjanjian asal yang telah dipersetujui (BACA DI SINI) dan (DI SINI).

Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Johor juga telah menguatkuasakan arahan yang telah dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) berdasarkan perjanjian asal yang dipersetujui antara Malaysia dan Singapura (BACA DI SINI).


Tetapi pada 9 April 2020, Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia, Vanu Gopala Menon berkata tiada keperluan buat kerajaannya untuk mengadakan ujian saringan Covid-19 kepada pekerja Malaysia.

Menteri Kesihatan Singapura turut keluarkan kenyataan yang sama, tiada 'swab test' untuk pekerja asing (termasuk Malaysia) yang mahu keluar dari negara itu (BACA DI SINI).

Sikap berdolak dalih dan mungkir janji Kerajaan Singapura sangat-sangat dikesali dan ianya merisikokan keselamatan nyawa rakyat Malaysia.

Singapura sendiri yang asalnya beria mahu bertanggungjawab atas pekerja Malaysia (atas kepentingan ekonomi), kini mahu berlepas tangan?

Hormatilah perjanjian antara dua negara yang berjiran dan sudah lama bersahabat!!!

Demi untuk menyelamatkan pekerja Malaysia di Singapura, Kerajaan Malaysia membuat keputusan mereka yang didapati negatif Covid-19 dibenarkan pulang dan perlu melakukan kuarantin diri selama 14 hari di kediaman masing-masing dengan pemeriksaan berkala akan dijalankan oleh pasukan kesihatan.

In Sya Allah besok, admin akan jelaskan mengapa Kerajaan Malaysia mengambil sikap tegas dan keras terhadap Fuziah Lynas kerana menyebarkan berita palsu tentang kekecohan di Tambak Johor.

#sumber



MR :  Bukan kena gemes, tapi kerajaan singapura tidak bijak menanggani isu covid-19


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


31 ulasan:

  1. Jgn d percaya singapura,,msia ni terlalu sayang singapura buat jln buat jambatan jual air murah semua dahulukan singapura,,biar mereka mereput d sana jgn d tolong singapura ni,,,berhentikan ambil pekerja asing guna lah tenaga kerja 300ribu ni kerja d malaysia,,kalau nak juga kerja d singapura suruh sahaja tukar kerakyatan,,,singapura sengaja sebarkan wabak ink ke msia,,drpd awal lagi kes2 yg sampai d malaysia berasal drpd singapura,mereka tahu yg masuk ke msia positif dasar israil singapura mereka sengaja lepaskan ke msia

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pemikiran kau mmg sesuai duduk gua. Kau bagitahu keje yg mcm mana yg rakyat 300,000 ribu ni keje sebagai apa? Kau fikir cari keje di Msia di mudah? Sedara wabak covid-19 asal nya dtg china bkn dari singapura kenapa lah kau bodoh sgt? Kau punya sembang taik pun blh jadi chocolate. Rakyat china yg dtg masa kat Johor apa citer? Ni nk salah kan negara pulak mentality kau ni sesuai duduk dlm gua mcm mana aku ckp tadi

      Padam
  2. Tu la kalau nk kenai bangsa bangsa yang suka mengkhianati perjanjian..

    BalasPadam
  3. Cina DAP sama mcm singapura..so fikir2 kan lah..jenis khianat perjanjian.

    BalasPadam
  4. Memang dh dijangka Singapura bertindak begitu kerana mereka tak pernah senang dengan Malaysia dalam apa jua situasi.. kerajaan Malaysia sebaiknya menutup pintu sempadan malaysia-singapura dalam tempoh yang agak lama selagi 300 ribu pekerja yg kembali ke Malaysia belum selesai disaring dan diyakini tiada positif covid19.. tak perlu terlalu menjaga hati mereka@singapura yg sentiasa bermasalah.. kebergantungan rakyat Singapura ke Malaysia amat tinggi terutama dalam hal pemakanan.. lebih baik kerajaan kini menjaga rakyat Malaysia dari memenuhi permintaan dan kehendak Singapura.. sudah sampai masanya Malaysia bertegas dan menunjukkan Malaysia adalah sebuah negara berdaulat bukan negara yg mudah dipermainkan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul mhu kerajaan bertegas

      Padam
    2. Comment kau ni btol2 mengudang kebencian terhadap negara2 yg kau rasa diri kau ni hebat duduk dlm msia. Kau fikir msia ni bodoh ke? Minyak pun beli dari Russia kau ingat Msia ni blh jadi independent state ke klu x berkeje sama dgn negara lain? Bljr lain ilmu economy sebelum kau nk comment pasal negara org.

      Padam
  5. maaf cakap pemimpin bangsa melayu kita ini memang suka dijajah dari zaman Portugis,Belanda,Inggeris,Jepun,Inggeris,Bintang 3.Jadi tak hairan pun jika Singapura buli Malaysia....

    BalasPadam
    Balasan
    1. 💪💪🇲🇾😘 bebicara biar berhemahh..jngn pndng belakang lgi berusaha bersatu pasti maju..INSYAALLAHHh🇲🇾🇲🇾🇲🇾😘

      Padam
  6. Minta kerajaan PN kita bertegas dan naikkan harga tarif air secepat mungkin
    Cina Singapore berlagak sombong sedangkan seluruh dunia sudah benci bangsa lahanat ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bangsa lahanat Lol. Bangsa kau sendiri lagi lahanat rasuah tak habis2. Pemmpin kau pun berbual champion. Yg susah rakyat msia jugak. Kau patut rasa malu sebagai bangsa melayu islam bende2 mcm ni tak patut pun berlaku di msia. So tak payah lah nk kutuk negara lain diri kita sendiri lagi teruk!

      Padam
    2. Kau punya bangsa lahaanat yg sebarkan covid.. Bukan bangsa melayu.. Bodoh laa lu

      Padam
    3. Apa yg kau merepek setan!? Aku bangsa Melayu mcm kau lahaanat dah tua pun BODOH!

      Padam
  7. Malaysia perlu jaga diri sentiasa...yg khianat mesti ada. Rakyat byk kan doa. Semoga pemimpin kita kuat dan Allah sentiasa bantu.

    BalasPadam
  8. Dirapkan kerajaan baru ni dapat mengubah pandangan terhadap singapura.
    CUKUP-CUKUP lah memberi muka ..
    Suatu langkah drastik harus dibuat bagi memulangkan paku buah keras yg diberi 'little israel' ni.

    kalau aku PM...
    habis PKP ni , semua yg bekerja di singapura akan diberi elaun sara hidup selama 6 bulan dengan syarat menukar kerja di Malaysia.
    yang x nak tukar atau teringin nak bekerja di sana... kena bayar cukai pendapatan lebih sikit supaya penghasilan dia jadi x seberapa jika nak dibangdingkan kerja di dalam Negara.

    tutup border untuk 6 bulan. Lori juga tak dibenarkan menyeberang untuk bekalan makanan.

    Naikkan harga air 5x ganda di minggu pertama pekerja Malaysia tak pulang bekerja di singapura.

    Melabur dan pastikan siap projek terusan segenting-kra.

    Miliki Tanah di selatan Thailand melalui pembinaan kilang-kilang dan industry berat menggunakan tenaga kerja thai muslim.

    Bina Hub ekonomi di kawasan Utara tanah air (mengguna pakai kemudahan terusan segenting-kra.


    Insyaallah... dalam 2 tahun sahaja.. little Israel akan lumpuh total dan tinggal sejarah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Klu kau jadi PM hancur lah negara msia. Saranan kau tak masuk akal langsung.

      Padam
  9. Kesian.. kat sini, rohingya pun dapat swab test.. dah nama tempat pun pura..

    BalasPadam
  10. Sebelum kau tulis article ni ada x kau buat research? Kau tahu nk kutuk kerajaan Singapura?

    Masa 17Mar20, Kerajaan Msia bagi arahan untuk PKP untuk 2minggu. Ada x kerajaan Msia bagi bantuan utk 200,000 ribu perkeje yg terjejas di Singapura?

    Yg bantu Kerajaan Singapura mereka yg menyediakan tmpt tinggal kepada majikan yg terjejas semasa PKP dan juga mereka siap bagi S$50 semalam selama 14 malam bagi setiap pekerja yang terjejas dengan perintah PKP.

    So yg korang semua yg dok comment keburukan kerajaan singapura ni apa yg kerajaan msia buat untuk 200,000 ribu rakyat yg terjejas dlm masa PKP?

    FYI Kerajaan Singapura dah bagitahu sekiranya perkerja yg ada symptoms Covid-19 sahaja di beri swab test. Kau fikir swab test murah ke? Nk check saja2.

    Sepatutnya kerajaan malaysia yg bertanggung jawab utk buat test covid-19 utk rakyat marhean yg berkeje di singapura. Jgn nk salah kan kerajaan atau bangsa lain. Malu lah oiii rakyat malaysia ku!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju pada pendapat kau

      Padam
    2. Btol setuju apa yg kau ckp ni! Rakyat msia tak tahu erti bersyukur tahu nk cari kesalahan negara lain je. Taubat lah wahai rakyat marahaeen...

      Padam
    3. Setuju bro dgn statement kau! Rakyat msia tahu nk complain je. Kta patut rasa bersyukur negara yg korang byk kutuk ni yg bagi job utk sara kehidupan harian.

      Padam
    4. Sy setuju apa yg awk comment ni! Mmg sepatutnya kerajaan malaysia lah yg kena buat ujian test covid-19 utk perkeje2 spura yg baru masuk ke Johor.

      Padam
  11. Itu lah yg kita dpt klau kita buat baik dgn bangsa yg tdk seugama dgn kita..dari dulu lagi kita jgn terlalu berlembut dgn bangsa kura-kura ini bila dh laju berlari dia dh tk perduli dgn org yg berbuat baik dgnnya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedara x baik ckp mcm tu kita yg beragama islam ni mesti sentiasa tunjuk akhlak yg baik saling bantu membantu tanpa kira bangsa dan agama. Kau tgk contoh seorg muslim yg baik seperti Ustaz ebit liew ada x die racist? Dia dok bantu semua bangsa tak kira apa agama pun. Amik lah contoh yg baik. Ni bkn masa nk cari kesalahan negara lain. Negara kita sendiri dah ada byk masalah..

      Padam
  12. Sy rakyat Malaysia yg bekerja di sigapura berterima kasih dgn bantuan kerajaan singapura Dan majikan selama PKP ini, banyak bantuan diberikan kepada kami, hanya terima kasih sahaja dapat saya ucapkan.

    BalasPadam
  13. Singapura x pernah mungkir janji celah mana yg korang dapat ni? Dah byk bantuan kt org dpt kat singapura siap duduk hotel mewah dpt duit lagi. Klu nk harap kan kerajaan msia mmg x lah. Ni pun rakyat msia nk balik pun korang nk berkira sgt apahal? Dah mmg tanggung jawab kerajaan msia utk check semua perkeje yg baru balik singapura! Bkn nya kerajaan singpore yg check. Tak fhm lah mentality org kita ni suka sgt cari kesalahan negara lain mcm lah kita ni bagus sgt!

    BalasPadam
  14. Pls do your research before posting any sensitive article. Teman sekerja Malaysia saya yg berada di sini dijaga dengan sebaiknya oleh Kerajaan kita. Siap dengan tempat tinggal di hotel dan sebagainya. Saya dan teman yg lain juga ada turut membantu makan seharian mereka. Kerana ada bujang rindu dengan masakan rumah. Tak usah kira bangsa, agama atau negeri ya. Fokus kita adalah untuk saling membantu. Ada yang tetap kembali ke Malaysia kerana ingin bersama keluarganya. Covid swab test juga telah disediakan di hospital awam kami untuk mereka. Semua di atas tanggungan kerajaan kita ya. Renungkanlah.

    BalasPadam
  15. Fokus woi,,fokus,,,
    Yang ini hantar komen baik,yang itu balas dengan baik,yang lain pula balas tak senonoh..satu..satu negara,bangsa dan agama khususnya....dua negara yang berjiran...

    Tiga...tade seorang pun yang nampak kepala dajjal dah keluar suku dari dalam tanah.malah dipijak pijak lagi kepala tu..
    Memandang muka antara satu sama lain bertekak tuduh menuduh...yang BERMATA SATU dah sibuk buka buku logger dan create account jumlah rekrut baru yang bakal jadi ahlinya..

    "Si jahanam " melemparkan agenda ke arah selatan supaya semua mata memandang ke arah tu.peluang terbuka dari arah utara menyusup masuk dan join jadi batu api dari belakang...nah!!! Rasakan...akibat dari kelalaian korang...senang sangat di pesong.Hamba duit dan lupa daratan.rakyat msia atau sgp sama je.

    Sama ada yg post + atau- bila dah masuk ke blog ni semuanya umpama masuk dalam satu kurungan kambing...hah mengembek la sekarang.ngembek + atau - ...saya nampak semuanya kambing cuma berlainan watak..bunyi sama.


    Baik kunci kandang ni bro!!!takut kang kambing kambing ni terlepas..teruk kena dengan taik kambing yang berselerak ni nanti..pasang mangga kunci..

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.