Header Ads

ads header

Flash News

SPRM Siasat Syed Saddiq, 'The 200,000 Hengget Boy'


Mantan Menteri Belia dan Sukan serta 2 lagi individu telah dipanggil SPRM untuk disoal siasat berkaitan duit tunai yang Syed Saddiq dakwa hilang dari simpanan beliau di kediaman beliau (BACA DI SINI).

Mereka disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM berkaitan penerimaan suapan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak kurang dari 10 kali ganda nilai suapan atau RM1 juta (mana yang lebih tinggi) atau dipenjarakan tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya sekali (BACA DI SINI).

SPRM telah mengambil beberapa dokumen bank milik Syed Saddiq bagi tujuan siasatan tersebut.

Sumber dalaman memaklumkan kepada pihak FMT, SPRM menyoalsiasat mereka bertiga di ibu pejabat SPRM, Putrajaya.

Sumber itu juga menambah, pihak SPRM telah menghubungi pihak bank yang terbabit untuk meneruskan siasatan namun ianya terhenti kerana arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara.

Pihak SPRM membuka kertas siasatan atas beberapa lapuran yang meragui sumber wang tunai RM200,000 diperolehi oleh Syed Saddiq yang dilapurkan yang hilang dari simpanan beliau.

Syed Saddiq Masuk Dalam Perangkap Sendiri



Portal ini pernah mengulas dan meramalkan bagaimana tindakan pra matang Syed Saddiq ini bakal menjerut leher beliau sendiri (BACA DI SINI).

Terbukti apa yang diramalkan kini hampir menjadi kenyataan bila SPRM memulakan siasatan ke atas Syed Saddiq.

Ramalan admin adalah berdasarkan beberapa kenyataan yang tidak konsisten dari Syed Saddiq sendiri berkaitan isu ini.

Cuba kita imbas kembali kenyataan-kenyataan yang Syed Saddiq buat mengenai isu ini :


》Pada 28 Mac 2020, Syed Saddiq dakwa  wang tunai sebanyak RM200,000 yang berada dalam simpanan beliau hilang.


Maklumat awal mengatakan bahawa wang tunai tersebut adalah milik parti PPBM.


Tapi mungkin bila banyak pihak pertikaikan bagaimana Syed Saddiq yang cuma berjawatan Ketua Armada PPBM boleh menyimpan wang tunai sebegitu banyak, akhirnya pada 8 April 2020, Syed Saddiq membuat kenyataan bahawa wang tersebut adalah hasil simpanan beliau dan bukannya milik PPBM.

Bila sekali lagi dipersoalkan, bagaimana dalam masa hanya 21 bulan menjadi menteri beliau boleh mempunyai simpanan sebanyak itu, Syed Saddiq mengatahkan pula wang itu bukan simoanan beliau seorang tetapi juga adalah simpanan ayah dan ibu beliau.

Mungkin Syed Saddiq tidak ada akaun dengan mana-mana bank dan mungkin juga selama menjadi menteri, gaji dan elaun beliau selama ini dibayar secara tunai oleh Kerajaan Malaysia!!!

Apa pun, kalau Syed Saddiq nak bersilat ker, nak bertaichi ker atau nak berkuntau ker, eloklah dengan SPRM yer...

Sangat-sangat menjijikkan bila manusia seperti Syed Saddiq yang pernah mendakwa ditawarkan pernah disogok RM5 juta oleh penasihat kanan DS Najib ketika beliau menjadi Perdana Menteri supaya meninggalkan PPBM, kini disiasat SPRM dengan nilai suapan hanya RM200,000...🤣🤣🤣

Teringat admin kata-kata orang tua yang diubahsuai oleh orang muda :

Siakap Senohong...
Gelama Ikan Duri...
Mantan Menteri Bukan Saja Pembohong...
Malah Kuat Mencuri...

Sumber : LINK


MR :  Pemimpin PH semuanya hancing


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


13 ulasan:

  1. Pengamal kleptokrasi jugak ke mamat ni? Hari tu marah sgt dgn Muhyiddin sbb bergabung dgn pemimpin UMNO yg kononnya mengamalkan kleptokrasi katanya. Jadi "fishy" bila mamat ni cakap berdolak dalik psl duit tunai RM250K tu.

    BalasPadam
  2. Keldai keldai dogpig maki hamun serta mencelakakan parti lebai serta presiden, tetapi tiada pernah pimpinan parti lebai ditahan kerana simpanan tunai yang mencurigakan dalam rumah, dalam peti besi,dalam bangsal durian atau seumpamanya.Tiada sebarang rekod kes salah guna kuasa dan pimpinan lebai buka pintu untuk sprm siasat 24 jam sehari. Bermacam fitnah ditabur namun pembohongan demi pembohongan oleh musuh musuh politikya terdedah. Parti lebai dikatakan bekerjasama dengan perompak dan penyamun tetapi apa yang pelik ialah pimpinan bersatu yang anti penyamun juga akhirnya turut bekerjasama membentuk kerajaan PN lalu membuktikan bahawa orang yang dituduh penyamun itu lebih berwibawa atau lebih baik mengurus rakyat berbanding dengan kaki kencing di kalangan Pakatan Hancing

    BalasPadam
  3. Kalau dah GURU dia bukak pintu belakang rumah sendiri..

    Anak Murid pulak sekarang ni londehkan kain sendiri..

    Menarik gak ke'wala'an dia ni..hahah

    BalasPadam
  4. Syed Sadiq ni klu beri kenyataan padal org lain semuanya tak betul, kaki rasuah lah..,la ni kita tengok pula dgn kes SPRM yg sedang disiasat, tunggu dan lihat..

    BalasPadam
  5. Patut lh bgi kt rakyat sikit menifesto pun tk tertunai mencuri merompak yg banyak.. Kena sumpah laknat syed ni

    BalasPadam
  6. Bila blogger cap beri komentar mendahului siasatan sprm.
    Ulasan sebelum kantoi.
    Blogger cap ayam ingat gaji menteri ni sama macam bantuan rm 1200 kerajaan pengkhianat.

    Ingat lah dosa fitnah adalah dosa yg lebih berat dari dosa pembunuh.

    Lain kali pergi jumpa uztad.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cakap samar-samar camni memang sah macai PH. Aduh macai oh macai, baik kau mati aje lagi mulia daripada jadi macai PH.

      Padam
  7. Ph kaki kencing.bn kaki binasa pd rakyat.pas kaki penipu dan pembohong.pkr liwat. Melainkan amanahlah pati suci

    BalasPadam
  8. Tak tau le hanya Allah yg tau .kalau itu betul ....tu le lain kali jgn kite ngata org lebih buruk sangat....takut balik pd kite lg buruk pd tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masa Al Jazeera interview kemain kencang dia bantai YDP Agong, backdoor government lah, global kleptokrat lah, haaa sekarang rasakan kau SS.
      Pagar mana kamu nak lompat sekarang?

      Padam
  9. Kalau nak renovasi rumah, takkan simpan duit Cash. Kan ke bodoh. Alasan tak logik kamu bagi.

    BalasPadam
  10. Blogger kaki fitnah.serupa juga penyokong kaki fitnah.sprm baru siasat, blogger cap babun dah jatuh hukuman bersalah.fitnah byk2 lagi biar semua sama2 menjawap diAkhirat. Biar mahkamah tentukan kebenaran dipihak siapa.

    BalasPadam