Header Ads

ads header

Flash News

‘TikTok’: Menteri KPT tiada agenda bina generasi muda


BANGI, 15 Syaaban 1441H, Khamis – Penganjuran pertandingan ‘TikTok’ membuktikan Menteri Pengajian Tinggi tiada agenda yang jelas untuk membina generasi pemimpin masa depan, kata Naib Presiden Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA), Ustaz Mohd Hazizi Ab Rahman.

Menyifatkan aplikasi TikTok sebagai hiburan, beliau berkata, pertandingan seumpama itu tidak memberikan sebarang faedah kepada pelajar sekolah apatah lagi Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

“Hiburan ada di mana-mana, kerana perangai manusia suka berhibur. Tetapi, bukan perangai manusia untuk bekerja keras membina wawasan Malaysia sebuah negara paling berpengaruh dalam kerjasama Asia Tenggara sebagai pengimbang kuasa besar dunia.

“Adakah pelajar-pelajar IPT kita ada wawasan sebegini? Bukankah mereka bakal pemimpin masa depan? Ataukah mereka dibiarkan berada dalam kepompong kepenggunaan dan kepengikutan?

“Hinggakan fenomena Tik Tok pun digalakkan untuk diikut dan diguna. Apalah nak diharapkan untuk mencipta dan memimpin fenomena baharu, yang menyebabkan masyarakat dunia pula mengikuti,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas isu penganjuran ‘Contest TikTok’ menerusi Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Noraini Ahmad yang bermula semalam sehingga 14 April.

Mengulas lanjut, Ustaz Mohd Hazizi menggesa pihak Islamis yang berjaya dalam kempen menjatuhkan Pakatan Harapan dan DAP sebelum ini, untuk berada di hadapan Perikatan Nasional (PN) dalam membuka ufuk pemikiran baharu supaya negara mempunyai agenda masa depan yang jelas.

“Selepas berjaya menumbangkan PH-DAP, jangan pula sekadar memunggungi PN isu demi isu. Panggung kepala untuk lihat ke mana arah tuju kita,” katanya. - ISMAWEB




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


3 ulasan:

  1. Kementerian Pengajian Tinggi kalau tandus idea, biar saya bagi idea:

    Buatlah satu rangkaian pasca ijazah untuk surgical dan medical training di UK dan Ireland. Samada dalam bentuk e-learning dan juga kolaborasi fellowship program yang sedia ada di UK dan Ireland.
    Sedikit sebanyak dapat memperkukuhkan lagi Masters Program di univeristi tempatan , terutama sekali dalam bidang perubatan yang fokus terhadap skop kepakaran seperti kolorectal, Vascular dan Transplant surgery. Sekarang lepas Brexit, keutamaan dapat diberikan kepada negara Commonwealth utk mendapatkan tempat sebagai Honorary Fellow.

    Apa laa , buat tik tok ni kan membazir.

    Saya syorkan supaya Menteri ini dibuang dan digantikan dengan orng yang lebih serius dan kompeten.

    Senang aje, it is just a matter of writing a letter, "Dear Sir, may I request for your attention on the following program and collaboration between our universities as follows....."

    Ini tidak, buat tik tok , apahal ? Tak payah jadi menterilah kalau gitu.

    Mr. Kama.
    Coventry/Oxford UK

    BalasPadam
  2. Tambahan lagi , kalau apa yg saya syorkan tadi tu susah sangat nak buat atau makan masa dan belanja , boleh anjurkan pertandingan on line presentation 3 minutes dalam bidang perubatan , kejuruteraan , atau boleh bentangkan kertas kajian dan buat rumusan 3 minit seperti yang dilakukan dalam Vascular Society UK atau British Transplant Society ,
    Kita boleh buat Malaysian Surgical Society dan boleh buat on line presentation , including paper presentation of any subjek specialty atau subspecialty.

    Pakar kat Malaysia tu kan berlambak boleh jadi judge dan boleh buat ulasan , kalau boleh dapatkan external examiner dari rantau Asean dan kalau ada duit boleh invite pakar dari UK juga.

    Siap boleh buat sijil penyertaan dan penghargaan lagi , kan lebih baik ?

    Mr. Kama

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bagus idea/buah fikiran Mr.Kama. Pertandingan online very wide topics utk kebaikan negara boleh dikemukan dan tidak akan habis idea itu selagi ada manusia yg hidup.

      Padam