Header Ads

ads header

Flash News

Veteran UMNO gesa Hospital KPJ pecat Dr. Musa


KUALA LUMPUR – Mengkritik dan mendakwa Kementerian Kesihatan (KKM) gagal melindungi petugas barisan hadapan, Datuk Dr. Musa Nordin wajar dipecat oleh pihak pengurusan Hospital Pakar KPJ.

Setiausaha Agung Veteran UMNO, Mustapha Yaakub, kritikan yang disifatkan tidak kena pada masanya apabila kerajaan bertungkus lumus menangani Covid-19 membuktikan doktor tersebut tidak profesional dan mencemarkan kredibiliti hospital swasta yang berprestij itu.

Dr. Musa merupakan Perunding Pediatrik & Perubatan Hospital Pakar KPJ Damansara.

“Dalam situasi genting seperti ini beliau (Dr. Musa) tidak patut muncul sebagai seorang yang serba tahu sedangkan kepakarannya dalam bidang yang berlainan dari pakar-pakar dalam bidang penyakit berjangkit.

“Malangnya kerana cemburu yang dipengaruhi oleh dendam politik maka beliau sanggup membelaksngkan profesionnya sebagai seorang pengamal perubatan.

“Veteran UMNO dengan ini mendesak pihak pengurusan KPJ supaya memecat Dr Musa dari pusat perubatan itu kerana dia telah mencemarkan kredibiliti KPJ yang terkenal dengan profesionalisme kakitangannya dalam perubatan.

“Dr Musa terbukti seorang doktor yang tidak profesional yang mengutamakan politik dari profesyen,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Terdahulu, Dr. Musa sewaktu hadir dalam temubual bersama sebuah stesen televisyen dipetik sebagai berkata mendakwa pihak berkuasa kesihatan gagal melindungi barisan depan perubatan yang memerangi Covid-19 selepas kira-kira 30 kakitangan perubatan dilaporkan dijangkiti virus itu ketika bertugas.

Dr. Musa turut mendakwa kakitangan perubatan tidak dilengkapi alat perlindungan sewajarnya, termasuk peralatan perlindungan diri (PPE).

Justeru beliau menggesa Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah dan pegawainya turun padang melawat hospital terjejas.

Menjawab dakwaan tersebut Noor Hisham baru-baru ini menjelaskan jangkitan Covid-19 melibatkan petugas barisan hadapan berlaku di hospital swasta.

Tambah beliau, pihaknya sudah membuat perjumpaan dengan pihak hospital swasta sebanyak 2 kali iaitu pada 1 dan 12 Mac bagi membincangkan mengenai perkara itu.

Dalam pada itu Mustapha menganggap Dr Musa sebagai pengamal perubatan sepatutnya menyokong usaha kerajaan dan KKM menangani Covid-19.

“Tetapi tindakannya menyerang Dr Noor Hisham jelas membuktikan beliau tidak menghargai penat lelah petugas dibarisan hadapan yang menyabung nyawa demi menyelamatkan pesakit yang dijangkiti virus Covid-19,” katanya lagi.-MalaysiaGazette

MR :  Perosak dan musuh rakyat!


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan