Header Ads

ads header

Flash News

Walaupun Surat Ini Palsu, Mari Lihat Apa Yang Dipertikai Pada Surat Ini?



(1) "Timbulnya komplot dalaman ( صراع داخلي ) penyingkiran Tun Mahathir untuk digantikan dengan Anwar adalah sebab perpecahan dalaman dicetuskan oleh DAP, KeAdilan & Amanah"

PH berpendirian bahawa sudah ada perjanjian bertulis untuk DS Anwar menggantikan Tun Mahathir sebagai PM dalam tempoh 1-2 tahun sahaja. Tetapi semua orang tahu dan jelas terang nyata belum pun cukup setahun atau dua tahun, Tun Mahathir ditekan supaya berundur terutama oleh pemimpin/penyokong PKR dan DAP - walaupun DS Anwar, LKS dan LGE tidak menyatakannya secara direct. Semua orang kenal siapa Otai Reformasi, siapa Ronnie Liu etc.

Jadi komplot dalaman untuk gulingkan Tun Mahathir memang wujud, walaupun mungkin sahabat-sahabat suci murni dalam AMANAH tidak menyedarinya. Ini game level monster Tun Mahathir vs DS Anwar yang otai-otai politik lama pakat tahu. Kalau anda buat-buat tak tahu, itu anda punya pasal.

Perpecahan semakin ketara apabila pemimpin DAP menyerang Tun Mahathir sebagai paper tiger, mesti percepatkan peralihan kuasa dan sebagainya - walaupun kata PH perjanjian peralihan kuasa adalah dalam masa 1-2 tahun. Masa pun belum cukup dua tahun. Lebih setahun komplot dalaman para 'pengecut' (berani serang ikut belakang tabir sahaja) menekan Tun Mahathir sememangnya akan trigger perpecahan dalaman.

Kenapa ia trigger perpecahan dalaman? Sebab Tun Mahathir bukan tunggul kayu yang tidak ada hati dan perasaan lebih-lebih lagi sebagai seorang tua. Tun Mahathir ada akal fikiran yang boleh menganalisa apa yang sedang komplot pengecut buat, dan tidak mustahil beliau juga ada perancangan balas. Dan Tun Mahathir juga ada penyokong yang pasti respon terhadap komplot yang sangat kemaruk akan peralihan kuasa.

Itu belum lagi termasuk perpecahan dalaman PKR, parti DS Anwar sendiri. Sia boleh nafi keretakan yang berlaku sejak sebelum PRU14 lagi antara kem Azmin Ali dan kem DS Anwar? Tidakkan ia juga perpecahan dalaman yang menjadi picu utama kemusnahan kerajaan PH? Nak nafi apa lagi?

Apabila ada komplot dalaman untuk menggulingkan Tun Mahathir, maka ia pasti ada komplot dalaman yang respon balas, yakni menggagalkan DS Anwar menjadi PM. Alang-alang perjanjian bertulis dicabuli, kita berlawan komplotlah sampai pecah. Situ duduk. Jadi point (1) dalam surat itu tidak salah pun.

(2) "Komplot menaikkan Anwar itu dibuat dengan kerjasama Amerika, Europah, Singapore, Yahudi dan Freemason."

Saya tidak pasti perkara ini. Tetapi berdasarkan ayat ini, ia adalah "komplot menaikkan DS Anwar", BUKAN bermaksud DS Anwar berkomplot dengan Amerika, Europah, Singapore, Yahudi dan Freemason. Ia bermaksud with atau without pengetahuan DS Anwar, ada komplot luar yang mahu DS Anwar ambil alih pemerintahan negara.

Kenapa? Kerana gerakan ghaib antarabangsa ini tentu mahukan sesuatu yang DS Anwar boleh bawa atau berikan kepada mereka, atau polisi DS Anwar ini lebih menguntungkan mereka. Jika tidak kenapa mereka mahu berkomplot?

Tersebar dengan jelas gereja-gereja dunia meraikan kemenangan PH dalam ertikata 'seolah-olah kita sudah menang menguasai negara'. Bahkan ada gereja yang merintih atas tumbang nya PH sebulan yang lalu. Malahan PKR sendiri ada hubungan dengan pertubuhan-pertubuhan liberal dunia.

Saya ada baca data-data ini, tetapi saya anggap ia hanya sebagai rujukan akademik para penulis.

Komplot ada, cuma tidak jelas. Takkan berkomplot pun nak heboh kat media? Jadi komplot ini ada walaupun DS Anwar terlibat atau tidak terlibat. Jadi, point (2) juga tidak salah.

(3) "Sebelum PRU14, PH gunakan Tun Mahathir untuk berlawan jatuhkan Najib. Tapi bila dah menang PRU14 - DAP, PKR dan Amanah melawan untuk jatuhkan Tun Mahathir pula dan mahu naikkan Anwar disebabkan pendirian Tun Mahathir yg mereka bantah, termasuklah membantah (a) Polisi berlawan dgn Barat, (b) Sebab TunM sokong Palestin, (c) Sebab TunM sokong Kashmir, Myanmar, dan Uyghur.

Ia kurang tepat apabila mengatakan PH gunakan Tun Mahathir untuk jatuhkan DS Najib. Ia perlu juga disebut sebagai Tun Mahathir juga gunakan PH untuk jatuhkan DS Najib. Jadi, ia adalah hubungan saling memperguna antara satu sama lain. Saling memperalat.

Jika hanya sebut hanya PH yang gunakan Tun Mahathir, ia sengaja nak nampakkan kononnya PH sahaja yang bijak dan licik. Anda cuba nafikan kelicikan Tun Mahathir pula mempergunakan PH untuk mencapai cita-citanya sekaligus menjatuhkan DS Najib dan menggagalkan DS Anwar. Tapi sukar kita nak yakinkan penyokong PH yang sangat perchaya bahawa Tun Mahathir telah pun insaf.

Sememangnya, polisi Tun Mahathir tetap sama sejak beliau PM4 lagi. Sebab itu beliau berani lantang dalam PBB dan dianggap hero dunia Islam. Takkan tak tahu? Apabila beliau menjadi PM7 yang mengetuai kerajaan PH, polisi beliau tentu tidak serasi dengan polisi PH yang lebih "pro-Barat".

Berapa kerat dalam DAP yang sokong perjuangan Palestin? Yang sokong Israel? Yang simpati dengan Kashmir, Myanmar dan Uyghur? Jadi, point (3) ini juga tidak salah pun.

(4) "Pas keluar daripada kerjasama bersama Barisan Alternatif & Pakatan Rakyat selepas bersama sejak 1999-2012."

Ini adalah terjemahan yang salah. Dalam text Arabic, tidak disebut pun Barisan Alternatif & Pakatan Rakyat. Dalam text hanya sebut الجبهة (al-jahbatu), yang bermaksud barisan atau pakatan. Orang yang tidak cermat, terus terjemah sebagai BA & PR. Ia terjemahan yang salah apabila dalam text menyebut الجبهة pada 1999-2012. Semestinya ia merujuk hanya kepada Barisan Alternatif, bukan PR. Presiden PAS pun tahu lah PR berkubur pada 2015. Kalau masih nak anggap ada juga PR dalam text seperti pada awal surat ( الجبهة = تحلف الأمل), anggap saja text itu tersalah tarikh yang sepatutnya ditulis 1999-2015. Human error. Bwahahaha...

(5) "Matlamat Pas adalah untuk berkhidmat pada agama Islam & kaum Muslimin."
Tiada apa-apa percanggahan pun antara matlamat PAS dengan perlembagaan PAS. Jadi point (5) ini juga tak salah.

Jelas dan terang, matlamat PAS bukan untuk menaikkan Presiden PAS sebagai PM, apatalah lagi nak naikkan DS Anwar sebagai PM.

Yang disibukkan dengan keputusan mesyuarat PAS 1999 untuk menaikkan DS Anwar sebagai PM5 ketika itu, ia adalah strategi saraf politik PAS untuk menang pilihanraya. Bukan ada apa-apa basis dalam perlembagaan PAS. Dan PAS telah ada banyak kali Muktamar selepas itu yang muktamar selepas 2015 akhirnya membatalkan Tahaluf Siyasi dengan PKR. Takkan nak rujuk mesyuarat 1999 lagi kut?

Sekian

Dr Tanaka Mustafa




MR :  Surat palsu menghabiskan masa berbahas.. 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. Surat palsu,fitnah dan memperlekeh musuh politik tanpa mengira dosa seperti sudah sebati dalam kehidupan sesetengah manusia terutama dalam PH.Tak letih kumpul mata point dosa dengan fitnah. Bimbang jugak masa Izrail nak amik nyawa nanti bagaimana keadaannya.

    BalasPadam