Header Ads

ads header

Flash News

39 kes baru, majoriti di luar kawasan PKPD


Kementerian Kesihatan memaklumkan terdapat 39 kes baru Covid-19 yang dilaporkan setakat pukul 12 tengah hari tadi, menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini kepada 6,467 kes.

Daripada jumlah itu, 38 kes adalah daripada penularan tempatan, menurut Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

"Sebanyak lapan kes (baru) telah dikesan dari kluster dan lokaliti di bawah perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD)," katanya.

Daripada jumlah kes baru itu, 30 daripadanya melibatkan warga asing, menurut Noor Hisham.

Beliau memaklumkan seramai 74 pesakit Covid-19 telah pulih dan dibenarkan pulang hari ini, menjadikan jumlah kes pulih kepada 4,776, iaitu 73.9 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

"Oleh itu jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 1,584 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan," katanya lagi.

Sejumlah 19 pesakit Covid-19 menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU), kurang dua daripada semalam.

Daripada jumlah itu, seramai lapan pesakit memerlukan bantuan pernafasan, kurang satu kes berbanding semalam.

Noor Hisham juga berkata tiada kematian baru dilaporkan setakat tengah hari tadi, menjadikan jumlah korban Covid-19 kekal kepada 107 kes, iaitu 1.65 peratus daripada jumlah keseluruhan kes di Malaysia.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan