Header Ads

ads header

Flash News

66 hari lepas saya angkat sumpah laknat, kerajaan PH jatuh, kata Najib


PETALING JAYA: Bekas perdana menteri Najib Razak tidak menafikan ada orang yang mengira tempoh kesan selepas beliau mengangkat sumpah laknat pada 20 Disember tahun lepas dengan tarikh tumbangnya kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada 24 Februari tahun ini.

“Ada rakyat yang buat perkiraan. Dia kata, selepas 66 hari saya melafazkan sumpah laknat itu, PH jatuh. (Tetapi) saya tidak boleh buat kesimpulan itu.

“Cumanya ayat terakhir dalam sumpah laknat itu memang berat dan memang saya fikir banyak kali hendak sebutkan,” katanya dalam temu bual eksklusif disiarkan sebuah portal, hari ini.

Pada 20 Disember tahun lepas, Najib mengangkat sumpah laknat bagi menafikan dakwaan Azilah Hadri berhubung pembabitannya dalam kes pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shariibu.

Manakala itu pada 24 Februari tahun ini, kerajaan PH pula disahkan tidak lagi mempunyai majoriti untuk membentuk kerajaan persekutuan susulan keputusan PPBM dan 11 lagi ahli Parlimen PKR keluar gabungan politik itu.

PH yang sebelum ini membentuk kerajaan dengan 139 kerusi menerusi komposisi 4 parti komponen dengan sokongan Parti Warisan Sabah (Warisan) serta UPKO pada pilihan raya umum ke-14 Mei 2018, tinggal 102 kerusi pada masa itu sekali gus hilang majoriti sekurang-kurangnya 112 kerusi Parlimen.

Najib berkata, dalam sumpah laknat yang dibuatnya ketika itu, beliau meminta Allah “menjahanamkan” dirinya di dunia dan akhirat sekiranya berbohong.

Bahkan beliau juga meminta pihak-pihak yang memfitnahnya turut dilaknat oleh Allah selagi mereka tidak meminta maaf.

“Ayat itu berat hendak sebut, tetapi saya sebut juga. Sebab saya hendak tegakkan kebenaran, sebab saya tidak ada cara lain. Terlalu banyak sangat fitnah.

“Itu senjata terakhir saya dan Allah akan tunjukkan siapa yang benar,” katanya.

Najib mengangkat sumpah laknat di Masjid Jamek Kampung Baru, Kuala Lumpur selepas solat Jumaat bagi menafikan akuan berkanun bekas pegawai polis Azilah Hadri yang mengaitkan beliau dengan pembunuhan Altantuya.

Azilah, yang disabitkan membunuh Altantuya dan dikenakan hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Persekutuan pada 13 Jan 2015, mendakwa Najib, ketika menjadi timbalan perdana menteri, memberi arahan untuk membunuh wanita itu.

Bekas pegawai Unit Tindakan Khas itu membuat akuannya untuk permohonan semakan kes pembunuhannya di Mahkamah Persekutuan.

Najib menolak dakwaan Azilah, dengan berkata, ia “langkah terdesak” oleh seseorang yang menghadapi hukuman mati.

Altantuya dibunuh pada Oktober 2006 di hutan di Puncak Alam berdekatan Shah Alam, Selangor, dengan tembakan ke kepala sebelum tubuhnya diletupkan.

Seorang lagi bekas anggota polis, Sirul Azhar Umar lari ke Australia selepas Mahkamah Rayuan membebaskannya dan Azilah daripada tuduhan membunuh Altantuya pada 2013. Pembebasan mereka diterbalikkan Mahkamah Persekutuan pada 2015.

MR :  Sumpah laknat pasti akan 'membunuh' sesiapa yang bohong/fitnah


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan