Header Ads

Header ADS

Ada juga yang sebut ‘this is rubbish’, tetapi dia datang juga tempat ‘rubbish’ ini kata Takiyuddin


PETALING JAYA: Persidangan Dewan Rakyat selama sehari bukan saja untuk memenuhi peruntukan di bawah Perlembagaan Persekutuan, tetapi juga bagi menjamin ahli Parlimen tidak lucut daripada kedudukan mereka, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Takiyuddin Hassan.

“Ada orang persoalkan kenapa satu hari, kenapa satu jam, ada juga yang sebut ‘this is rubbish’, tetapi dia datang juga tempat ‘rubbish’ ini.

“Satu jam persidangan ini memenuhi kehendak Perlembagaan Persekutuan dan menyebabkan ahli Parlimen yang mengkritik itu kekal sebagai ahli Parlimen.

“Kalau tidak ada persidangan hari ini (18 Mei), walaupun selama satu jam, dia sudah gugur kedudukannya sebagai ahli Dewan Rakyat,” katanya dalam satu program televisyen malam ini.

Sidang Dewan Rakyat terakhir berlangsung pada 5 Dis tahun lalu dan ia perlu bersidang semula sebelum 5 Jun ini.

Takiyuddin merujuk Perkara 52 (1) Perlembagaan yang menyatakan jika seseorang ahli Parlimen tidak menghadiri sidang Parlimen sekurang-kurangnya sekali dalam 6 bulan tanpa kebenaran Parlimen, maka Majlis Parlimen boleh mengisytiharkan kerusinya kosong.

Pengecualian hanya diberikan kepada ahli Parlimen yang mendapat kebenaran bercuti daripada menghadiri sidang Parlimen.

Sementara itu, Takiyuddin memberi jaminan ahli Parlimen akan diberikan lebih banyak masa untuk berbahas pada sidang Dewan Rakyat 13 Julai nanti.

“Kerajaan memperuntukkan 25 hari pada Julai dan Ogos ini untuk pembangkang memberikan pandangan, kritikan yang membina. Ia boleh diberikan pada kerajaan, menunjukkan amalan demokrasi tetap subur dalam Parlimen.

“Tidak timbul kerajaan ini takut berdepan pembangkang dan sebagainya. Kalau ada sekali lagi usul tidak percaya terhadap perdana menteri, saya juga percaya kerajaan bersedia berdepan perkara ini.

“Perbahasan boleh dibenarkan pada masa itu dan rang undang-undang juga kita akan bawa pada masa itu, bukan hanya setakat bacaan kali pertama, mungkin akan terus dibacakan buat kali ke-2 dan ke-3.”

MR :  Patutlah Anwar dan Atok diam aje dalam dewan, rubbish rupanya


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


5 ulasan:

  1. Tiada ulasan. Biar mereka yang bekerja sahaja yang memberi komen. Saya sebagai rakyat hanya memerhatikan sahaja.silap komen kita berdosa. Takuti lah akan hukuman Allah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. sdra mesti berani jika benar.maka diam (jgn post)adalah sesuatu yg amat bijak

      Padam
  2. kami sebagai rakyat marhein rasa aman selamat dan bahagia

    BalasPadam
  3. Rubbish tu takut hilang jawatan, kalau tak, tak la dia sanggup jadi rubbish g sana.... Yg ckp rubbish tu mmg rubbish

    BalasPadam
  4. SAMPAH & BUSUK HATI/ DENDAM /FITNAH /PECAH BELAH /BENCI MEMBENCI/ KHIANAT MANIFESTO PADA RAKYAT/KHIANAT YDPA DAN RUKUNNEGARA/MUNAFIK SELEPAS MENERIMA MANDAT RAKYAT itulah sikap sebenar pemimpin dan penyokong2 Pakatan HANCING PUNAH HARAPAN selama ini utk mengejar KUASA dan JAWATAN PERTBADI

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.