Header Ads

ads header

Flash News

Baru Bian, Adun Batu Lintang sertai Parti Sarawak Bersatu


PETALING JAYA:
Presiden Parti Sarawak Bersatu (PSB), Wong Soon Koh mengumumkan Ahli Parlimen Selangau, Baru Bian dan Adun Batu Lintang, See Chee How menyertai parti itu hari ini.

Katanya, sejak beberapa bulan lalu, pemimpin parti itu mengadakan beberapa perbincangan dengan Baru dan penyokongnya serta mendapati mereka mempunyai aspirasi sama untuk masa depan Sarawak.

“Kami ingin membuka pintu kami kepada bekas pemimpin PKR dan ahli akar umbi untuk menyertai kami mengorak langkah ke masa depan baru dan lebih baik Sarawak,” katanya dalam sidang media hari ini.

Baru yang juga bekas ketua PKR Sarawak meninggalkan parti itu ketika kemuncak krisis politik negara pada akhir Februari lalu.

Pada 16 April lalu, Baru memberi bayangan akan menyertai PSB kerana beliau mendapati perlembagaan parti itu menarik, selepas mengkaji parti politik lain yang berpusat di Sarawak.


MR :  Jenis tak tetap pendederian, bukan pimpinan terbaik


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan