Header Ads

ads header

Flash News

Berebut harta, suami isteri dilanggar, ditetak


KUALA LUMPUR:
Sepasang suami isteri warga emas nyaris maut selepas dilanggar dan ditetak oleh seorang ahli keluarga dipercayai kerana berebut harta pusaka di Kampung Chuang Rasa, Rasa, Selangor, semalam.

Dalam kejadian jam 7.56 pagi itu, mangsa berusia 65 dan 56 tahun ditemui terbaring berlumuran darah oleh orang awam di hadapan Kuil Gudwara Sahib.

Seorang saksi melihat kedua-dua mangsa yang sedang menunggang motosikal dilanggar sebuah kereta Proton Iswara berwarna hitam sebelum pemandu kereta keluar menetak warga emas itu.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Arsad Kamaruddin, berkata kejadian itu turut dilihat beberapa saksi yang kemudiannya membantu mangsa.

"Hasil siasatan awal juga turut mendapati suspek adalah seorang lelaki yang juga adik kandung mangsa.

"Senjata yang digunakan dalam kes itu adalah sebilah parang yang ditemui di tepi jalan simpang tiga di Pekan Rasa berdekatan dengan perhentian bas. Pihak polis juga menemui tiga kesan cap jari pada permukaan parang itu," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Senjata yang digunakan suspek. - Foto PDRM
Senjata yang digunakan suspek. - Foto PDRM

Lokasi mangsa pasangan suami isteri warga emas yang dilanggar dan ditetak. - Foto PDRM
Lokasi mangsa pasangan suami isteri warga emas yang dilanggar dan ditetak. - Foto PDRM

Mengulas lanjut, Arsad berkata, beberapa jam kemudian, polis mendapat maklumat mengenai penemuan sebuah kenderaan yang terjunam ke dalam sebuah lombong di Antara Gapi.

"Polis yang dimaklumkan orang awam ke lokasi kejadian dan menemui sebuah kenderaan yang separuh bahagian ditenggelami air dan pintu kereta bahagian pemandu terbuka.

"Berhampiran kenderaan itu, turut ditemui jasad seorang lelaki yang terapung dan hasil siasatan lanjut, polis mendapati lelaki itu mempunyai kaitan dengan kes tetak pasangan suami isteri berkenaan," katanya.

Kenderaan suspek selepas ditemui terjunam ke dalam sebuah lombong di Antara Gapi. - Foto PDRM
Kenderaan suspek selepas ditemui terjunam ke dalam sebuah lombong di Antara Gapi. - Foto PDRM

Hasil pemeriksaan pada fizikal lelaki itu juga mendapati tiada sebarang kecederaan dan unsur jenayah dikesan.

"Motif kejadian tetak dikenal pasti kerana perebutan harta pusaka dan kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan manakala kes kematian masih dalam siasatan dan diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

"Suami isteri itu juga masih berada di Hospital Selayang dan berada dalam keadaan stabil," katanya yang meminta sesiapa yang mempunyai maklumat tampil membantu siasatan polis.


MR :  Jenayah makin parah.. kerajaan perlu buat sesuatu


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan