Header Ads

ads header

Flash News

Dianggarkan 6.6 juta telah kembali bekerja - PM


Dianggarkan seramai 6.64 juta atau 43.6 peratus pekerja telah kembali bekerja sejak perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) dikuatkuasakan, kata Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin.

Beliau menjangkakan jumlah itu akan meningkat dalam tempoh beberapa minggu akan datang.

"Ramai dalam kalangan saudara-saudari juga telah mula bekerja. Sehingga hari ini dianggarkan seramai 6.64 juta atau 43.6 peratus pekerja telah kembali bekerja.

"Saya jangkakan jumlah ini akan meningkat dalam tempoh beberapa minggu yang akan datang.

"InsyaAllah, dengan peningkatan jumlah pekerja yang kembali bekerja dalam pelbagai sektor industri dan perniagaan, kegiatan ekonomi di negara kita akan dapat digerakkan semula," katanya dalam perutusan khas menerusi siaran langsung RTM hari ini.

Kerajaan mengumumkan perintah kawalan pergerakan (PKP) bermula 18 Mac lalu dalam usaha membendung penularan wabak Covid-19.

Pada 4 Mei, PKP dilonggarkan kepada PKPB dengan kebanyakan sektor ekonomi dibenarkan beroperasi.

Menurut Muhyiddin, keputusan itu diambil bagi menjana semula ekonomi dan memastikan rakyat mempunyai pendapatan.

"Yang bekerja akan dapat gaji. Yang berniaga akan beroleh pendapatan dan keuntungan.

"Hasil pendapatan ini boleh dibelanjakan dalam sistem ekonomi kita yang akhirnya menjana pertumbuhan ekonomi negara.

"Saya nak mengucapkan terima kasih kepada kerajaan-kerajaan negeri yang telah memberikan kerjasama kepada kerajaan persekutuan dalam usaha membuka semula sektor-sektor ekonomi di negeri masing-masing," katanya.

Terdahulu Muhyiddin mengumumkan bahawa PKPB akan dilanjutkan selama empat minggu sehingga 9 Jun depan.




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan