Header Ads

ads header

Flash News

Dua Adun Bersatu di Pulau Pinang sokong Muhyiddin tidak akan bersama kerajaan negeri PH


Dua Adun Bersatu di Pulau Pinang telah menarik semula sokongan mereka terhadap kerajaan negeri Pakatan Harapan.

Adun Bertam Bertam Khalid Mehtab Mohd Ishaq dan Adun Teluk Bahang, Zolkifli Md Lazim mengesahkan perkara itu pagi tadi.

Ditanya alasan mengubah pendirian, Khalid mengatakan dia harus mengikuti "arahan parti" dan menyokong Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

"Saya akan dianggap sebagai anggota pembangkang selepas ini [...]

"Pendirian saya adalah saya bersama parti dan saya bersama presiden (Muhyiddin)," katanya ketika dihubungi.

Zolkifli memberitahu bahawa dia juga tidak diundang menghadiri majlis kerajaan negeri sejak perintah kawalan pergerakan (PKP) bermula.

"Parti saya telah benar-benar menjadi pembangkang di Pulau Pinang," katanya.

Semasa krisis politik susulan "Langkah Sheraton" pada Februari lalu, kedua-dua Adun itu telah bertemu dengan Ketua Menteri Chow Kon Yeow dua kali untuk menyatakan sokongan mereka kepada Pakatan Harapan.

Khalid baru-baru ini dilantik sebagai ketua Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda), sebuah agensi di bawah kerajaan pusat.

Sementara Zolkifli telah dilantik sebagai lembaga penasihat Mara Corp Sdn Bhd, iaitu bahagian pelaburan Mara.

Pertukaran sokongan mereka tidak mempengaruhi keseimbangan kuasa di Pulau Pinang, dengan Pakatan Harapan masih menguasai 35 daripada 40 kerusi DUN.

Sementara itu, Chow enggan mengulas ketika ditanya berhubung status kedua-dua Adun Bersatu itu.

Difahamkan, kedua-dua Adun Bersatu itu belum memberitahu spekaer DUN Pulau Pinang, Law Choo Kiang mengenai peralihan sokongan mereka.


MR :  Tak lama nanti hilang satu lagi negeri PH


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


4 ulasan: