Header Ads

ads header

Flash News

Institusi pendidikan terus ditutup, aktiviti babit perhimpunan ramai tidak dibenarkan


KUALA LUMPUR: Semua sekolah, kolej dan universiti masih belum boleh dibuka, selain semua aktiviti keagamaan membabitkan perhimpunan ramai.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut mengumumkan bahawa semua aktiviti riadah dan sukan membabitkan perhimpuan ramai seperti bola sepak juga masih tidak dibenarkan.

Katanya, senarai lengkap dan aktiviti yang dibenarkan dirujuk Majlis Keselamatan Nasional (MKN), senarai ini akan disemak dari masa ke semasa bergantung kepada perkembangan kes COVID-19

"Semua sektor perniagaan dan industri serta sosial beroperasi tertakluk peraturan semasa dan prosedur operasi standard (SOP) pihak berkuasa," katanya dalam perutusan khas sempena Hari Pekerja yang disiarkan secara langsung, hari ini.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan